Semasa

Video: Gara² Tularkan Syarikat yg Memaksa Pekerja Buka Tudung, Ini yg Berlaku pd Gadis Berkenaan

DILEMA antara tuntutan agama dan kerja, seorang gadis meluahkan rasa sedih apabila diminta untuk tidak mengenakan hijab ketika bertugas sebagai tugas cuci di sebuah syarikat.

Dari sumber laporan Akhbar Tempatan, Fani yang ada berkongsi klip video sehingga ianya tular di platform media sosiall TikTok bercerita bahawa dirinya memakai hijab dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.

Namun apabila mula melakukan kerja, dia terpaksa membuka hijabnya demi mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan syarikat.

“Ada tak yang sama situasi dengan aku?,” soalnya ringkas kepada warganet.

Rakaman berdurasi 18 saat itu memperlihatkan Fani di atas motosikal apabila pergi dan pulang dari kerja selain berkongsi saat dirinya membersihkan sebuah ruang di syarikat berkenaan.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Jangan terdesak sangat mencari kerja sehingga hilang iman.

Rezeki Allah itu luas, carilah kerja lain.

“Aku pernah lalui dulu, rasa berdosa sangat waktu tu.”

Tutup aurat bukan sekadar pakai tudung je.

Masa zaman gadis pernah bahagian receptionis hotel di sebabkan x leh bertudung maka…aku tolak hukkkk

Menurut komen netizen, mereka menasihat Fani agar berhenti daripada melakukan pekerjaan itu sekiranya rasa bersalah kerana dia perlu yakin dengan rezeki yang ditetapkan Allah SWT.

Bagaimanapun, difahamkan dia terpaksa meneruskan juga pekerjaan tersebut buat seketika.

Ini kerana tidak berkelulusan tinggi dan terdesak dengan gaji yang diinginkan demi menyara kehidupan keluarga.

Dekatkan dirimu kepada Allah dengan ibadat, jika kamu tidak mampu maka sibukkan dengan khidmat kepada orang solihin.

Jika tidak mampu tanamkan mahabbah kepada semua muslimin.

Jagalah akhlakmu dan anggotamu dari maksiat, namun apabila jatuh juga pada maksiat bersegeralah kembali kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar.

Setiap mukmin itu mestilah menjaga lidahnya dari mencela dan menghina orang lain, buruk sangkalah pada dirimu dan berbaik sangkalah pada orang lain.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *