Di TikkTokk, vral sebuah video di mana seorang wanita terjumpa seekor anjing yang dibuang dan diletakkan di dalam sebuah guni.
Lebih menyedihkan, anjing tersebut diikat di bahagian leher dan berada dalam keadaan tidak bermaya semasa ditemui oleh wanita tersebut.
Ada orang nak buang dia
Menerusi video yang dimuat naik oleh Aqilah, seorang wanita terkejut apabila sebuah guni yang dijumpai olehnya itu mengandungi seekor anjing.
Wanita tersebut meluahkan rasa kasihan sebaik sahaja melihat keadaan anjing itu yang kehausan.
Di samping itu, wajah wanita tersebut turut kelihatan panik dan menangis ketika hendak mencari bekalan air buat anjing yang dibuang itu.
Dia dah kenal saya
Selepas beberapa jam mem berikan bantuan, wanita berkenaan dipercayai pergi semula ke kawasan tersebut untuk melihat keadaan haiwan itu.
An jing yang pada mulanya kelihatan tak bermaya itu dilihat semakin aktif dan mengenali wanita yang menyelamatkannya.
Mulianya hati kakak ni, bagus sayang semua haiwan.
Aku pun turut menangis melihat kasih sayang wanita ini terhadap haiwan yang dibuang.
Mujur ada orang selamatkan, kalau tidak mati macam tu saja.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat wanita tersebut.
Netizen menyifatkan wanita itu seorang yang penyanyang dan tidak memilih mana-mana haiwan ketika memberi bantuan.
Islam tidak menggalakkan umatnya memelihara an jing sekiranya tiada keperluan ataupun darurat.
Oleh itu seorang muslim harus menjauhi dari memelihara anjing sebagai sebuah hobi atau tanpa sebarang keperluan yang dibenarkan.
Ulama berbeza pendapat dalam menetapkan hukum naji snya anjing.
Mengikut pandangan umum Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat).
Kalau terkena air liur dan najisnya, tempat yang bersentuhan itu perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air yang bercampur tanah.
Walaupun sedemikian, menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
Pendapat mazhab Maliki dan Hanafi menyatakan bahawa anjing tidak najis6 melainkan air liurnya sahaja.
Oleh itu tubuh seorang mus lim ataupun barang yang terkena air liur anjing perlu disertu.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Tonton Video:
Gadis ini Menangis Teresak² Bila Menjumpai Sesuatu Dlm Keadaan Menyayat Hati dlm Karung Guni pic.twitter.com/t8EyUb4MG3
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) June 11, 2021
Sumber: Aqilah Via Oh Bulan