Saya tahu syurga suami saya di bawah telapak kaki ibu nya tapi saya dah tak boleh terima ibunya mungkin sikapnya yang dulu2 selalu mengh1na saya.
Admin hide kan profil saya. Terima kasih. Boleh saya tahu berape ramai yang kurang senang dengan sikap ibu mertua?
Dan berdosa kah kita sebagai isteri memohon cerrai dari suami disebbkan kita dah tak boleh nak terima perangai ibu mertua. walaupun kita suami isteri baik2 aje.
Tapi sikap ibu mertua kaki drama. Depan anak pandai berlakon mungkin nak perhatiaan anaknya.
Buat ftnah bagi anaknya jadi bergduh suami isteri.
Benda ni dari awal perkhawinan lagi.
hubungan adik beradik suami berantakkan sebab mulut si ibu.
Dan hubungan kami ipar duai pun tak mesra sebab mulut si ibu. walaupun kami ni Faham perangai si ibu ni suka bawak mulut. ftnah kami bg ipar duai benci kami.
Sebab nak kan perhatian. bila tang kami. burukkan ipar duai sana pulak.
Begitu la perangainya dari awal kami berkhawin. memang kami tak duduk sebumbung.
Tap ibu mertua selalu datang berjalan2 umah anak2nya.. Bertahun tahun bergitu la perangainya.
Dan bertahun lah kami ipar duai macam musuh bila berjumpa. hanya si sebabkan mulut longkang ni. nak di jadikan cerita. Ibu mertua sakit.
Dan terpaksa duduk dengan anak2. bergilir2 lah anak jaga. tu pun masih tak sedar diri lagi yg diri tu tak berkemampuan.
Dok umah anak sana burukkan anak menantu sini. dok umah sini burukkan anak menantu sana. lagi la panas hubungan kami ipar duai. walaupun hanya 2 orang anaknya yg sanggup jaga si ibu ni.
Sekarang saya makin tertekan degan sikapnya. walaupun kurang sihat tapi mulutnya masih nak mengadu benda yang tak betul bg kami ni bergduh.
Kalau dulu dia sihat. lantak la nak bawak mulut merata. ni dah tak larat nak jalan tp mulut tetap sama.
Berdosa ke saya suruh suami hantar ibu nya ke pusat jagaan org tua2 sebab anak dia sendiri pun tak tahan dengan mulut ibunya.
Disebabkan mulut ibunya itu dia dngan abangnya jadi bergduh2 bila tiba giliran jaga si ibu nya.
Saya tahu syurrga suami saya di bawah telapak kaki ibu nya tapi saya dah tak boleh terima ibunya mungkin sikapnya yang dulu2 selalu mengh1na saya dan menjadi punca kami bergduh suami isteri ipar duai.
Dan suami ada jg berkeras untuk jaga ibunya. katanya menjadi satu dosa hantar ibunya ke pusat jagaan.
Bukan la saya nak buang ibunya tp untuk kebaikan saya dan suami. Hanta ke pusat jagaan.
Kami tetap boleh melawat. andai kami biarkan dan tak dtg melawat yer kami berdosa itu yg saya terangkan pada suami.
Hubungan kami makin rengang. kami kerap bergduh. salahkah saya memohon cerrai. Saya tak nak di sebbkan sikap dingin saya kat ibu mertua. suami saya yg tangung dosa.
Saya rela undur diri. jika suami berkeras ingin menjaga ibu nya. Maaf andai susunan ayat tak betul..sebab kepala saya pun dah tak betul memikirkan..jgn kec4m.
Komen yg murni2 aje. org yg tak rasa macam saya memang tak faham.. yg tak faham boleh diam aje. semoga nasib anak cucu anda tak macam saya.
Mak O Leha Ramlee – Kalau saya saya takkan hantar ibu atau ibu mertua ke rumah org tua2 kerana rasa diri bagaimana jika anak kita tinggalkan kita dirumah org tua.
Skg banyak kemudahan ada pusat jagaan harian ada maid harian ada misi yg boleh digaji pokoknya duit.
Biarlah suami tu berbakti dgn ibunya walauvsejahat mana pun berilah sokongan demi masa dpn tt juga semuga tt tidak disisih anak kelak.
Apa yg dia buat kpd kita dia yg jawab dgn Allah . Yg boleh kita tolong doakan semuga dia mendapat hidayah dan insaf.
Bersyukurlah walau mcm mana tt dpt suami yg baik kerana mahu berbakti kpd syurganya mudah2an zuriat seterusnya mencontohi ayahnya.
Maafkanlah walau tidak boleh melupakan dan jadikan insiden itu sebagai pengajaran.
Syllese Binti Abu Bakatr – ikut keihklasan hati puan..kalau puan rasa payah sebab ya la hati siapa x sakit dihina kan?mak bapa sendri pun xpernah hina kita,tup2 ibu mertua yg xpernah bertarung nyawa lahirkan kita,hina kita..
Agak2 kalau mak kita dengar kita ni dihina mau bergaduh mak dan mentua kita tu.but,jgn sesekali halang suami jaga mak dia ya …
Semoga urusan puan dpermudah.. jgn ckp treat ibu mertua mcm mak sndiri sbb memang xkan dpt sama punya..kita hormat saja mereka.
Mariati Hashim – Yg xkena memang Akan ckp Akan kecam sis tp yg DH merasa apa yg sis Rasa faham situasi sis..klau boleh elak.. elakla…
Kalau perpisahan itu yg terbaik jdkn ia sebagai penyelesaian yg terakhir..Kita berundur bkn Sebab Kita ego tp utk meniaga hati..biar ank2 dia yg Jaga.
Che Ika – Saya faham2 sgt situasi Puan. Memang wujud ibu/mil yang sebegini. Orang sebegini sentiasa merasa dirinya betul. Bahkan egonya tinggi kerana dianya ibu.
Memang sakit hati bila kita dapat mak mentua yg suka jadi batu api dan suka mengadakan cerita tak benar. Suka laga-lagakan anak2.
Saya suggest, suami Puan dan adik-beradik kongsi duit ambil pembantu rumah yg boleh duduk sekali dgn mak mentua Puan. Ini satu2 jalan selamat.
Nias Arm – Semoga sis baca komen saya.. Cuba terbalikkan situasi, ibu sis lak yang perangai macam ibu suami sekarang, dan sis berkeras nak jaga ibu..
Untuk peringatan, sis ada bagitau syurga suami di bawah telapak kaki ibu, manakala syurga sis di bawah telapak kaki suami..
Sekarang syurga sis bukan bawah telapak kaki ibu sis.. Sanggup x sis hantar ibu sis ke pusat penjagaan orang tua? Jawab dengan jujur dalam hati ye.. Jangan nak selalu betul je.
Siti Khadijah Bakar – Esok2 nnt ko dah tua, menantu ko pulak yang akan suruh anak lelaki ko hantar ko ke pusat jagaan orang tua..
Bertindak biar gunakan akal yang waras sis, ko dah kawin dgn anak lelaki dia ko anggaplah mil tu pun mak ko.. Jagalah mil tu dgn penuh kasih syg mcm kita jaga mak kita sendiri.
Kifarah tu bila2 akan dtg sis.. Buatlah baik sebanyak mungkin walaupun kita bukan baik.
Biarlah kita dihina, kita rawat semula hati kita dengan berbuat kebaikan. Sabarlah, Allah menduga kita kerana Allah syg kita.
Sumber: Krt