Nampaknya, kontroversi seorang pelawak terkenal, isterinya serta wanita yang dipercayai ‘kekasih gelapnya’, kembali menjadi sorotan netizen.
Ia susulan tindakan ‘kekasih gelapnya’ memuat naik beberapa video pelawak tersebut diatas katil tidak berbaju.
Dalam kapsyen yang disertakan oleh Farah menerusi Instagram peribadinya f.zzatys sebelum ini.
Dia ada memberi amaran mengenai seseorang untuk memuat naik satu video susulan tindakan individu tersebut tidak membayar duitnya.
Tak lama selepas itu, dua video menunjukan sosok tubuh seorang lelaki telah dimuat naik olehnya dengan menunjukan satu perbualan mesej bersama seseorang.
Dalam kapsyen yang disertakan, Farah memberitahu individu tersebut meminjam wang daripadanya dan ini balasan atas segala pengkhianatan, ftnah dan hutang.
Dia juga menegaskan tidak akan menghalalkan serta memaafkan semuanya.
Tambahnya lagi, dia meminta agar lelaki tersebut berhenti untuk mempermalukannya kepada seorang lagi wanita semata-mata hanya ingin menutupi kesalahannya.
Dalam pada itu, dia juga telah menyertakan sekali semua bukti panggilan tidak berjawab oleh lelaki terebut setelah lama bersabar dengan kerenahnya.
Menurut Farah, sudah lama dia bersabar dan sempat memberi amaran agar individu berkenaan membayar hutang-hutangnya sebelum lebih banyak video atau gambar tersebar di media sosial.
Respon Isteri Syuk Sangat Mengejutkan
Menjengah ke Instagram isteri kepada selebriti yang pernah dikaitkan oleh Farah, wanita itu bersyukur..
Ini kerana akhirnya Farah sendiri yang membuka aib diri dan mempercayai vide tersebut video lama.
Dia juga memaklumkan video itu antara punca mengapa suaminya masih bertahan dan menemui wanita itu kerana sering diugut dengan perkara tersebut.
Ujar Rossa, sekarang orang ramai sudah pastinya tahu ‘mengapa’ suaminya bertahan selama ini dan pada masa yang sama.
Dia meluahkan rasa kecewa terhadap wanita tersebut yang seolah-olah membuka aib sendiri.
“Alhamdulillah akhirnya sekarang orang tahu dah kan kenapa Shuk bertahan? Video lama-lama yang disimpan lama, masa main sama-sama semua.
Sebab tu aku bertahan jaga nama baik kamu, akhirnya kamu juga yang buka.
Duit apa tu? Duit sewa kereta Honda ke? Bayar duit hotel uols ke? Kata semalam terima kasih cinta untuk segalanya.”
Menerusi Instastory yang dimuat naik oleh wanita tersebut, menjelaskan ramai pihak yang memintanya untuk memadam video tersebut.
Ia memaparkan seorang lelaki yang hanya memakai tuala dan dipercayai berada di dalam sebuah bilik di hotel.
Pada masa yang sama, dia turut memuat naik beberapa perbualan mesej yang didakwa dihantar oleh pelawak tersebut dan pelawak itu memintanya supaya menerima keluarganya dengan sebaik mungkin.
Tidak berakhir di situ, lelaki itu juga memintanya untuk melupakan dendamnya selama ini dan memperbetulkan keadaan seperti sedia kala.
“Orang salahkan aku kata aku terhegeh? Kata aku macam-macam. kejap bunuh diri lah, kejap turun balcony jam 3 pagi.
Aku penat dah. Sebab aku selalu kena blame sedangkan sana u please u.
Dear ****, kejap tau. Sebab **** pernah sebut sumpah cerai talak 3 dalam text. Ni tengah dapatkan balik text tu.
Jangan happy sangat my lady. Am so tired.”
Dia juga sempat bertanya semula kepada Farah Saleh duit apa yang dimaksudkan olehnya dan mempersoalkan kembali sama ada duit itu adalah bayaran untuk ansuran kereta ataupun sewa rumah.
Farah Terus Beri Tekanan
Tak lama selepas itu, Farah Saleh telah memuat naik satu lagi IG story dengan memaklumkan video tersebut sudah dibuang dari feed IG kerana dinasihati oleh orang ramai.
Namun dia tetap berkeras ingin mengambil tindakan selepas ini.
Shuk Sahar Akhirnya Lantik Peguam
Enggan membiarkan dakwaan serius itu terus menjadi bualan ramai, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar mula bertindak mengikut undang-undang.
Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang dikenali sebagai Sera membuat laporan polis terhadap Fara di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur pada Ahad malam.
Peguam yang mewakili pasangan itu iaitu Haziq Aizuddin Subhi berkata kes itu sudah dipindahkan ke Balai Polis Pudu untuk siasatan lanjut.
“Malam tadi saya bertemu Sera dan Shuk di Balai Polis Setapak untuk membuat laporan polis terhadap Fara Salleh yang melemparkan beberapa tuduhan terhadap Shuk.
Shuk dan isteri sudah membuat laporan polis pada malam, Ahad.
“Kes tersebut kini dibawa untuk siasatan di Balai Polis Pudu. Mereka membuat laporan berikutan tuduhan dan ugutan daripada Fara. Segala dakwaan terhadap Shuk adalah tidak benar.
“Mereka juga dalam pertimbangan untuk memfailkan saman fitnah memandangkan apa yang dilakukan Fara itu telah mencemarkan imej Shuk dan ia juga satu penganiayaan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.
Dalam pada itu, Haziq memberitahu Shuk juga akan membuat laporan terhadap akaun Instagram Fara di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Jelas Haziq lagi, pihaknya juga sudah mengumpul bukti dan paparan skrin kesemua perkongsian Fara yang menuduh serta fitnah anak guamnya.
Fara berkongsi paparan skrin mesej daripada individu yang mendakwa hampir dicabul oleh Shuk.
“Hari ini atau mungkin esok, Shuk akan membuat laporan lanjut di SKMM terhadap akaun Instagram Fara Salleh.
Sebab Fara ada memuat naik nombor telefon peribadi Shuk di Instagram.
“Disebabkan perkongsian tersebut, Shuk diganggu dengan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali sepanjang malam tadi sehingga dia terpaksa menutup telefonnya.
“Kami juga sudah mengumpul bukti dan menyimpan semua paparan skrin perkongsian Fara yang melemparkan tuduhan dan dakwaan terhadap Shuk,” ujarnya.
Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.
Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
-mStar