Semasa

Tak Sempat Habiskan Rakam Lagu Baru, Vokalis Kumpulan Samudera, Aimi MninggaI Dunia

SELEPAS 36 jam ditiarap dan ditidurkan akibat Covd-19, vokalis Samudera iaitu Norazmi Mohd Abdullah meninggal dunia pada malam Sabtu.

Ketua kumpulan Samudera, Mohd Azhar Ropei memberitahu Norazmi atau mesra disapa Aimi, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 10.12 malam.

“Dalam beberapa hari je di Maeps dia kena transfer ke Hospital Sungai Buloh sebab alami gejala sesak nafas.

“Masa di hospital dia dah kritikal, doktor tidurkan dan ditiarapkan dalam masa 16 jam masih tak ada perubahan… selang sehari doktor tiarapkan lagi 20 jam.

“Saya dapat panggilan daripada ibu arwah yang memaklumkan Aimi sudah mennggal dunia pada jam 10.12 malam,” katanya kepada mStar.

samudera

Arwah Norazmi Mohd Abdullah bersama dengan kumpulan Samudera sejak 2018. Aimi (Dua dari kanan)

Allahyarham Norazmi adalah vokalis kumpulan Samudera menggantikan penyanyi asal, Sarfen Husin atau Ujang yang meninggal dunia, empat tahun lalu.

Ujar Azhar, arwh sempat meluahkan hasratnya untuk merakamkan single terbaharu mereka selepas dia sembuh daripada jangkitan w4bak mavt itu.

“Sebelum masuk Maeps, Aimi sempat nyanyikan lagu single dan berhasrat nak jayakan lagu tu.

“Dia minta naikkan tempo sikit, tapi nak buat macam mana dah ketentuan Allah. Kita terpaksa hentikan dahulu projek…kami reda,” ujarnya.

Terdahulu, vokalis asal kumpulan Samudera iaitu Ujang ditemui mninggal di rumahnya di Felda Palong Timur, Segamat, Johor empat tahun lalu.

Saudara angkatnya, Mohd Ismail N. Isa, 30, ketika dihubungi mStar Online memberitahu mayat berkenaan ditemukan oleh rakan sekerja Ujang yang datang melawat Allahyarham yang sudah enam hari tidak datang bekerja.

“Rakan sekerjanya bimbang tentang keadaan Ujang yang sudah enam hari tidak datang bekerja dan mengambil keputusan untuk melawatnya di rumah.

“Bagaimanapun rakannya terkejut apabila menemui arwah di dalam biliknya sebelum menelefon saya memaklumkan perkara itu,” katanya.

Berita kem4tian penyanyi terkenal era 80-an itu menjadi tular di media sosial apabila Ujang atau nama sebenarnya Sarfen Husin, 50-an dikatakan sudah mennggal dunia sejak tiga hari lalu sebelum ditemukan.

“Saya tak dapat pastikan sama ada benar atau tidak arwah meninggal tiga hari lalu seperti diperkatakan tetapi keadaan mayat yang ditemui seperti sudah beberapa hari mninggal dunia.

“Diharap tiada spekulasi yang tidak benar disebarkan di laman sosial dan sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk Allahyarham,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, kali terkahir dia bertemu dengan Ujang pada minggu lalu apabila lelaki itu memberitahunya dia baharu pulang daripada hospital.

Bagaimanapun Ujang tidak menyatakan penyakit dihidapinya sehingga memerlukan dia ke hospital.

“Ujang masih belum berkahwin dan sejak tinggal di Felda berkenaan dia memang tinggal seorang diri.

“Saya mengenalinya selepas nenek saya mengambilnya sebagai anak angkat dan sejak itu kami rapat,” jelasnya.

Ketika bersama kumpulan Samudera, Ujang sempat merakamkan beberapa buah album seperti Titian Hasrat (1993), Terminal Cinta (1994) dan Salam Sejahtera (1995).

Mereka juga popular dengan lagu-lagu seperti Salam Sejahtera, Untuk Apa Kita Bertemu dan Bila Diburu Kenangan.

Bagaimanapun pada 1997, Ujang menyertai kumpulan X-Ray dan popular menerusi lagu-lagu seperti Sungguh Tak Ku Sangka, Airmata Dewiku, Mekar Dijiwa dan Lembayung Senja.

mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *