Semasa

Iqbal Tak Pernah AmbiI Walau Singgit Duit DSV, Apatah Lagi Dituduh Buat Perkara ini

Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida telah mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya iaitu Iqbal Zulkefli.

Pendedahan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Usahawan terkenal itu memaklumkan akan berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli pada bulan Disember ini sekiranya Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditamatkan.

Vida juga mengakui tidak ‘berani’ memberitahu anak perempuannya iaitu Cik B mengenai perkara tersebut.

Ramai dalam kalangan netizen tertanya-tanya adakah benar Cik B masih belum tahu mengenai perkahwinan tersebut dan bagaimana pula dengan reaksi Cik B yang bakal menerima bapa baru dalam keluarga.

Menerusi temubual bersama Melodi, Cik B mengakui tidak bersetuju dengan keputusan Vida untuk mendirikan rumah tangga selain niatnya yang ingin memiliki anak lagi.

Rata-rata Netizen Memberi Pelbagai Reaksi Terhadap Status Terbaru Cik B

Jelas Cik B, jarak usia antara ibunya dengan Iqbal sangat jauh berbeza menjadikan salah satu faktor dia tidak merestui perkahwinan tersebut.

Rasa Terlalu Down

“Saya deep down saya sangat kurang setuju. Ye lah, mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25.

Macam mana abang Iqbal ni umur 25 ni suka orang tua. Mesti ada sebab tau. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi.

Cukup lah saya dengan Kacak sahaja. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.

Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur.

Tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga.”

Cik b x suka mama nya kawen lagi asyik gado je

Iqbal Tak Pernah Ambil Duit DSV

Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-27, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal menerima kejutan daripada jutawan kosmetik itu.

Menerusi video dikongsikan, Iqbal dilihat sebak dan tidak dapat berkata-kata dengan kejutan berkenaan. Lebih menyentuh hati, Iqbal berkata sejak dari awal perkenalan dia berharap dapat menjaga Vida.

“Sejak dari awal kenal DSV, saya harap dapat menjaga dia sampai bila-bila. Walau saya kenal lama, saya tak pernah ambil seringgit pun duit DSV tanpa pengetahuan.

“Saya janji, saya akan jaga anak kita, Cik B dan Kacak sampai bila-bila. Sampai mereka besar, sampai mereka berjaya. Terima kasih bagi kebaikan kepada saya, banyak mengalah dengan saya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata Vida banyak mematangkan dirinya serta mengharapkan perkahwinan mereka yang akan dibina tidak lama lagi akan diberkati

“Saya banyak perkara tak matang, DS yang mematangkan saya. Saya nak perkahwinan yang berkat sampai hujung nyawa,” katanya.

Terdahulu, Vida memaklumkan bakal berkahwin dengan Iqbal pada Disember ini, namun dia belum keberanian untuk berbincang mengenai hal perkahwinannya dengan anak-anak terutamanya dengan Cik B.

Bagaimanapun, menerusi Melodi semalam, Cik B mengakui tidak bersetuju untuk ibunya berkahwin lagi serta mempunyai hubungan kurang baik dengan Iqbal.

Tidak terhenti di situ, Cik B turut mendedahkan bahawa dia dan Iqbal tidak mempunyai hubungan yang baik malah mereka seringkali bergaduh.

“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa.

Saya gaduh dengan dia memang luar biasa. Hubungan kami memang sangat renggang.

Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri.”

Menurut Cik B, pada awalnya dia menyangka kontroversi perkahwinan Vida dan Iqbal hanyalah marketing semata-mata namun lama kelamaan isu itu dilihat semakin serius.

Namun, sekiranya benar mereka berjodoh, Cik B berharap agar ibunya akan mengecapi kebahagiaan.

“Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak.

Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.

Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa.

Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3)

Tak Mahu Terus Terpalit, Cik B Akhirnya Dedahkan Motif Sebenar Iqbal, Dedah Selalu Gadvh

Berikutan daripada itu, salah seorang individu ada berkongsi satu screenshot kenyataan Vida di media mengenai tarikh perkahwinannya bersama Iqbal.

Kapsyen ringkas dan sarkastik yang ditulis individu berkenaan ‘Harap Cik B tak ada social media’ secara tidak langsung telah menarik perhatian Cik B.

Meskipun hanya meninggalkan respon ringkas dan bersahaja iaitu ‘Pura-pura terkejut dan tidak tahu’ namun kebanyakan netizen seakan terhibur dengan reaksi Cik B.

Dalam kesempatan itu, Cik B sempat memberi pesanan kepada Vida supaya dapat berfikir dan menilai niat seseorang yang ingin mendekati dirinya adakah orang tersebut benar-benar mencintainya atau sebaliknya.

RK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *