Semasa

“Sama PeIat Sama Padan..” Netizen Doakan Hubungan Caprice dan King Coco Ke Jinjang Pelamin

Aktivis dan penyanyi rap Caprice bertemu selebriti media sosial, King Coco selepas kontroversi posting di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Ada yang mengusik wanita tersebut berhubung berita perceraian dengan bekas suami.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilihat duduk santai berbual dengan wanita berusia 23 tahun itu dipercayai di sebuah pejabat miliknya.

“Alot of mix,” tulis Caprice ringkas.

Sebelum ini, kedua-duanya menjadi usikan dalam kalangan warganet kerana mempunyai persamaan ‘pelat’ dengan slang ‘mat salih’ apabila berbual dalam bahasa Melayu.

Menerusi hantaran InstaStory pula, penyanyi lagu Koyak itu mengadakan permainan membaca dua buah buku cerita bagi menentukan siapa ‘terpaling pelat’ di antara mereka berdua.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya teruja melihat pertemuan berkenaan serta berseloroh supaya Caprice bertemu jodoh dengan Coco, atau nama sebenarnya Marshaira Ismail kerana dilihat serasi.

Selain itu, ada juga individu berpendapat aktivis itu kononnya mahu ‘memujuk’ semula wanita tersebut.

Ia selepas tidak sengaja membuat posting berbaur sindiran dan gangguan sksual sebelum ini sehingga mengundang kecaman ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Dah kena kecam, cepat2 panggil awek tu datang

Macam tu la dengan Mamu (Sharnaaz Ahmad) sebelum ni

Ngam! Nampak sesuai dah ni

Kahwin jelah korang!

Betul-betul mixed ni

Moga disatukan dengan ikatan sah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Terdahulu, Caprice memuat naik satu tangkapan skrin berita mengenai penceraian Coco dengan menulis kapsyen kurang sesuai sebelum menukarnya kepada ayat yang lebih sopan.

Bagaimanapun, Coco tidak berkecil hati dan memahami bahawa sindiran berkenaan ditujukan kepada orang lain selain memberikan kata-kata nasihat kepada Caprice.

Sumber: Instagram Caprice & King Coco

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *