Semasa

Setelah Melihat Apa yg Berlaku, Tak Sangka Akhirnya ini yg Terjadi kpd JuaIan Ikan Siakap di Lngkawi

Beberapa hari ini, kecoh mengenai harga seekor ikan siakap yang dijual dengan harga melebihi RM1,000 untuk saiz seberat 7kg di Langkawi.

Susulan kejadian tersebut, premis berkenaan sudah pun menerima kunjungan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyiasat isu berkenaan.

Di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu pelanggan perlulah menyemak menu yang disediakan.

Dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

Satu operasi Ops Menu telah dilancarkan bagi memeriksa semua premis makanan di seluruh negara yang melibatkan tanda harga dan alat penimbang dalam usaha mengelakkan penipuan harga oleh peniaga.

KPDNHEP Lancar Ops Menu, Peniaga Tawar Harga Tak Masuk Akal Boleh Didenda RM40,000 & Penjara 3 Tahun 1
Resit yang menjadi tular di media sosial kini.

Memberi fokus pada semua premis yang menyediakan makanan siap masak termasuklah restoran, kedai makanan Melayu, Cina, India, India Muslim, medan selera, restoran makanan laut dan sebagainya.

Sasaran pemeriksaan adalah pada tanda harga serta alat timbang yang digunakan premis.

Mana-mana pemilik restoran yang gagal mematuhi perundangan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972, peniaga boleh didenda tidak melebihi RM40,000 atau pnjara tidak melebihi tiga tahun.

Jualan Ikan Siakap Tidak Terjejas

Jualan ikan siakap di pulau ini tidak terjejas susulan tular harga siap masak ikan itu di sebuah restoran yang mencecah RM1,196.80 sejak tiga hari lalu.

Tinjauan di Pasar Awam Kuah di sini, mendapati urus niaga siakap berjalan seperti biasa dengan orang ramai membeli pada harga RM16 sekilogram.

Peniaga, Shahabudin Mohd Ali, 53, berkata, jualan siakap di gerainya seperti biasa, malah ada peniaga membeli lebih bagi menampung permintaan sempena cuti sambutan perayaan Deepavali.

“Rata-rata harga jualan ikan siakap di pasar ini RM16 sekilogram dan ia lebih rendah berbanding RM18 sekilogram beberapa bulan lalu.

Ya, permintaan (siakap) tidak terjejas walaupun isu siakap mahal dibincangkan meluas dalam media sosial,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Pemborong ikan, Azizan Mat, 48, berkata, dia membekalkan purata 150 kilogram siakap sehari kepada restoran sekitar Kuah dan Pantai Chenang.

“Memang ada kawan tunjuk pada saya berita mengenai siakap mahal dalam Facebook, tapi jumlah siakap yang saya jual tidak berkurang sejak tiga hari lalu.

Mengenai harga mahal di restoran itu, saya tak boleh ulas sebab harga di situ untuk siakap hidup, tapi saya jual siakap sudah mati,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, makan tengah hari sekumpulan pelancong di sebuah restoran di pulau ini dikejutkan dengan harga siakap yang didkwa RM1,196.80.

Pelanggan sendiri mahukan siakap itu – Pemilik restoran

Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan,” kata pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa.

Menurutnya, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

Katanya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).

Sumber : Awattsyeikh / kosm0 / layandulu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *