Beberapa hari ini, kecoh mengenai harga seekor ikan siakap yang dijual dengan harga melebihi RM1,000 untuk saiz seberat 7kg di Langkawi.
Susulan kejadian tersebut, premis berkenaan sudah pun menerima kunjungan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyiasat isu berkenaan.
Di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu pelanggan perlulah menyemak menu yang disediakan.
Dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku.
Satu operasi Ops Menu telah dilancarkan bagi memeriksa semua premis makanan di seluruh negara yang melibatkan tanda harga dan alat penimbang dalam usaha mengelakkan penipuan harga oleh peniaga.

Memberi fokus pada semua premis yang menyediakan makanan siap masak termasuklah restoran, kedai makanan Melayu, Cina, India, India Muslim, medan selera, restoran makanan laut dan sebagainya.
Sasaran pemeriksaan adalah pada tanda harga serta alat timbang yang digunakan premis.
Mana-mana pemilik restoran yang gagal mematuhi perundangan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972, peniaga boleh didenda tidak melebihi RM40,000 atau pnjara tidak melebihi tiga tahun.
Pemilik Restauran Pertahankan Hak
“Saya betul-betul tak sangka sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dimasak.
Ketika ambil pesanan, saya ulang banyak kali bahawa ikan itu besar, sambil saya tunjuk dengan isyarat tangan anggaran saiz ikan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Kilim Geoforest Park, di sini semalam.

Menafikan sekeras-kerasnya memaksa pelanggan memilih ikan bersaiz besar bagi mendapat keuntungan berganda selepas perniagaan terjejas teruk akibat p.endemik CVD 19, Norasyikin berkata, beliau dan pekerjanya tidak pernah berbuat demikian sepanjang lapan tahun mengusahakan restoran itu.
“Ketika ambil pesanan, pelanggan akan diberitahu berat ikan dikira dalam sukatan gram dan setiap menu lengkap tertera harga dengan jelas.
Dalam kes yang tular itu, selepas selesai makan, kumpulan sembilan pelancong terbabit tidak datang pun berjumpa saya untuk bertanya mengenai harga yang dikenakan.
“Ketika melangkah meninggalkan restoran pun, mereka tidak cakap apa-apa mengenai harga dikenakan ke atas ikan siakap dimasak menu tiga rasa dan stim limau itu.
Sebenarnya, ikan siakap yang mereka pilih itu seberat 7.48 kilogram, berusia 11 tahun dan dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan kepada pengunjung restoran,” katanya.
Penjelasan Dari Abang Yang Mula-Mula Tularkan Siakap
Saya ingin memaklumkan kembali bahawa tujuan asal posting di Facebook peribadi saya yang dibuat pada 4 November adalah sekadar perkongsian dan peringatan.
Ianya bukanlah untuk menga.ib dan menjatuhkan mana-mana pihak dan bukanlah juga untuk mencari mana-mana perhatian dan publisiti.

Ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh semua
Perkara utama kepada apa yang ditimbulkan ialah berat ikan yang disediakan kepada kami adalah sangat tidak wajar dan jauh daripada kebiasaan.
Kami tempah ikan siakap untuk 7 orang makan. Yang kami terima ialah ikan yang sangat besar seberat 7.48 KG.
Kami sedia maklum bahawa harga makanan di kedai tersebut agak mahal daripada kebiasaan.
Ini pula beberapa perkara yang pihak kami ingin menafikan daripada apa yang did.akwa oleh pihak kedai di media.
Tiada makluman langsung kepada pihak kami, apatah lagi berulang kali bahawa ikan tersebut adalah ikan pameran dan selalunya dia tidak menjual kepada pelanggan.
Begitu juga dengan makluman tentang ikan tersebut yang sudah berusia 11 tahun.
Tiada makluman kepada kami tentang berat ikan tersebut sebanyak 7.00 kilogram. Tiada makluman juga kepada pihak kami bahawa ikan tersebut bersaiz mega.

Size ikan yang ditunjukkan kepada kami dengan anggaran tangan sewaktu memaklumkan besar ikan tersebut amatlah berbeza dengan sewaktu dia tunjukkan kepada media.
Tiada ajakan daripada mereka untuk menangkap dan melihat ikan yang telah dinyatakan itu.
Pihak kami juga ingin menafikan d.akwaan yang menyatakan bahawa pihak kami yang bersungguh-sungguh mahukan ikan tersebut juga.
Pihak kami berpandangan bahawa perkara ini telah mengelirukan pihak kami. Hasil pemerhatian pihak kami daripada perkongsian-perkongsian para pelanggan yang lain juga telah berlaku perkara yang hampir sama bahkan mungkin sama.
Pihak kami telah pun membuat aduan kepada pihak KPDNKHEP dan bersedia sekiranya perlu memberikan penjelasan tambahan ataupun kepada pihak berwajib yang lain.
Pihak kami akan terus berkerjasama dengan pihak yang berkaitan sehingga k.es ini diselesaikan.
Pihak kami berharap agar penjelasan ini sedikit sebanyak dapat merungkai apa yang telah berlegar-legar di media sosial dan media massa yang lain sehingga telah menimbulkan kec.aman, ke.jian, pengh.inaan, c.aci dan m.aki kepada pihak kami.
Untuk makluman semua, perkara ini bukan sahaja telah terjadi kepada pihak kami.
Namun telah terjadi kepada ramai pelanggan yang lain, yang turut hadir pada hari yang sama dengan pihak kami bahkan yang telah hadir sebelum-sebelum ini lagi.

Ramai pelanggan yang lain telah turut berkongsi pengalaman dan situasi mereka berserta resit mereka di media sosial dan di platform media yang lain.
Kami berharap agar perkara yang terjadi ini dapat diambil pengajaran oleh pihak kami khususnya dan kepada masyarakat yang lain amnya.
Kami juga berharap agar pihak yang berwajib dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan berhemah.
Kami ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung khususnya pada pihak berwajib dan juga para media serta orang awam.
Akhir sekali kami ingin menyarankan agar kita semua dapat berhenti daripada memberikan komen yang berlebihan.
Biarlah pihak yang berwajib menjalankan tugas mereka dan menjalankan siasatan mereka dengan teliti.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Kredit : FB/Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!