‘Jodoh di tangan tuhan’, inilah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan kisah pasangan pengantin baru ini apabila akhirnya berkahwin dengan orang terdekatnya sahaja. Siapa sangka, jiran yang selama ini menjadi teman berborak setiap hari menjadi pasangan hingga ke Jannah.
TONTOM VIDEO DI BAWAH SEKALI
Sebuah video dikongsikan oleh @eyda.rahm4n tular selepas dia mendedahkan perihal adik iparnya. Memetik laporan daripada mstar mereka mula mengenali antara satu sama lain sejak dibangku sekolah lagi. Walau bagaimanapun, pasangan ini rapat selepas tamat persekolahan. Mereka sering berborak persis ‘Mak Cik Bawang’ di depan tembok rumahnya.
Sempat berkongsi moment hari persandingan, Zaim serta pengapitnya mengambil inisiatif keluar dari pintu belakang rumahnya kerana ramai tetamu di hadapan. Kemunculan mempelai lelaki dari dalam rumah pengantin perempuan ternyata menimbulkan seribu tanda tanya kepada orang ramai yang tidak pernah melihat situasi seperti itu.
Sejak dikongsikan 3 hari lalu, video berkenaan telah meraih 212 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan perkahwinan sesama jiran rumah sebagai satu hubungan yang memudahkan. Ini kerana mereka tidak akan berhadapan dengan perbalahan balik ke kampung semasa hari perayaan nanti.
TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH
Kredit: Portal mstar & TikTok Eyda Rahman