Fathia Latif, satu nama yang sangat dikenali oleh rakyat Malaysia.
Baru-baru ini Fathia kembali ke dalam dunia berlakon di mana dia bergandingan bersama Kamal Adli dalam sebuah filem.
GAMBAR TERBARU ADA DI AKHIR ARTIKEL
Walaupun wajah Fathia agak berbeza namun tidak ramai menyuarakan tentang hal itu.
Mungkin kerana Fathia agak berisi dan telah bersolek yang membuatkan dia kelihatan agak berbeza dari sebelum ini.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen menyapa “good morning” kepada Fathiya.
Namun, ada satu netizen bertanya adakah hanya dia seorang yang melihat perbezaan di wajah Fathia.
“Saya memberontak tidak kena gaya. Natijahnya, hanya saya tahu.
Saya lupa diri ini bukan orang biasa, sebaliknya insan dikenali yang diperhati setiap tindak tanduk.
“Sampai bila saya hendak ‘pakai buang’ dalam kewajipan bertudung. Mahu atau tidak, saya kena tetap pendirian.
Soal bertudung, saya kena pakai kerana itulah tuntutan wanita Islam,” katanya.
“Pada akhirnya, saya kena balik kepada pegangan agama dan kepercayaan. Saya tiada alasan kenapa kembali bertudung.
“Saya manusia biasa yang tidak lepas melakukan khilaf demi khilaf.
Sekarang, saya dalam fasa membetulkan diri… Bukan mudah hendak istiqamah.
“Saya pernah hanyut, terleka dan lalai hingga jatuh terduduk saat buat keputusan membuka tudung.
“Saya tanggung semuanya kerana silap sendiri. Saya bukan masih muda lagi. Dahulu saya tidak matang.
“Sekali lagi, saya harap diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri dan berubah,” ujar pelakon kelahiran Ayer Hitam ini.
Fathia juga memaklumkan bahawa dia teringat pesanan ibu mengenai pemakaian hijab bukan suatu ikutan.
“Hijab adalah mahkota yang menutup aurat wanita Muslim. Malah, ketika ini, jika tidak bertudung, kita umpama ketinggalan,” katanya.
Sumber KotakMedia