Semasa

Tetamu pun tema putih! Netizen samakan majlis kawen dengan kampung bvnian

Bukan mudah bagi menjayakan sebuah majlis perkahwinan dengan mengikut tema warna ditetapkan. Kadang kala, pasti ‘terselit’ ahli keluarga atau tetamu yang gagal memenuhi konsep tuan rumah.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Tapi, tidak bagi ahli keluarga dan tetamu jemputan sebuah majlis ini yang ‘mematuhi’ tema penampilan serba putih sekali gus dilihat menarik untuk dirakam oleh jurugambar, baru-baru ini.

Jurugambar tersebut, @fitrinruslee memuat naik sebuah video kompilasi memaparkan perjalanan acara majlis berkenaan sehingga ditonton hampir 800,000 kali dalam kalangan warganet.

Jika dilihat menerusi ruangan komen, rakaman berdurasi 38 saat itu dipenuhi pujian ramai yang kagum dengan ‘disiplin’ setiap individu dalam majlis tersebut dimana berjaya mengikut tema ditetapkan.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir warganet berseloroh menyamakan tema terbabit seperti perkampungan bunian yang sinonim dengan warna putih sehingga sukar mencari kelibat pasangan mempelai.

Thiah.ar: Kalau jemput family sedara mara je boleh lah . Kalau jemput sekampung acerr gila nak tulis kat kad jemput “wajib berbaju putih”

mysarah:bagus bekerjasama.. kalau jenis tak suka ikut tema payah

Tonton Video:

Sumber: Ohmymedia, TikTok @fitrinruslee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *