Semasa

Wanita Pasrah Suami Kantoi Cvrang Dengan Adik Sendiri, Suami Siap Pesan Jangan ViraIkan Di FB

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan supaya hubungan tersebut berkekalan buat selama-lamanya.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Bagaimanapun, kehadiran orang ketiga secara tidak langsung boleh menyebabkan hubungan tersebut menjadi retak dan membawa kepada penceraian.

Pemilik video ini juga sempat menceritakan adik perempuannya dahulu pernah bercinta dengan suaminya namun perhubungan tersebut berakhir dengan perpisahan.

Pada mulanya wanita cekal ini menolak untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan berikutan statusnya yang pernah menjadi bekas kekasih kepada adiknya.

Namun, atas persuratan takdir wanita ini dipertemukan jodoh dengan suaminya  dan mendapat restu daripada keluarga mentuanya.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila adik kepada wanita ini dikenali sebagai Shella sempat memuat naik foto abang iparnya di laman Facebook berserta emoji love.

Papa muda saya ni bos.

Bukan itu sahaja, lelaki ini menerusi WhatsApp juga sempat meminta supaya isterinya tidak berkongsi apa yang terjadi di antara mereka di laman Facebook dan mengadu kepada emaknya.

Dia di sini mohon supaya tak viralkan hubungan mereka. Di mana hati kalian? Ya Allah.

Difahamkan, pasangan ini masih belum bercerai dan menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut kasihan dengan nasib yang menimpanya. Ujar netizen lagi, lelaki berkenaan tidak layak dijadikan suami dan memberikan nasihat supaya mereka bercerai.

Tonton Video:

Sumber Ohbulan, Tiktok Rdeafirly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *