Semasa

Bapa Abai Nafkah 3 Anak Iuar Nikah SIps Kawen Janda, lbu Kandung Hilangkan Diri Tinggalkan Ank

Tidak dapat digambarkan perasaan tiga kanak-kanak kecil selepas mengetahui status mereka anak luar nikah. Ibu kandung kepada kanak-kanak ini dikatakan hilang tanpa khabar berita dan dibiarkan mereka bersama si bapa.

Kisah yang boleh dijadikan pengajaran ini telah dikongsi oleh Baitus Solehah menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Kisahnya bermula apabila seorang wanita yang merupakan seorang mualaf bertemu dengan seorang lelaki.

Walaupun tidak mempunyai ikatan yang sah mereka dipercayai tinggal bersama atas alasan ingin ‘menjaga’ dan ‘melindungi’ namun secara sedar tak sedar wanita ini telah melahirkan tiga orang cahaya mata.

Hasil hubungan tersebut pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, seorang lelaki dan dua perempuan masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun, dan 9 tahun.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua selepas wanita ini menjumpai sijil lahir kanak-kanak ini yang berbin dan binti kepada Abdullah ketika proses untuk menghantar mereka ke sekolah.

Bila diselidik baru tahu anak-anak ini anak zina suami dengan perempuan mualaf. Mulanya, isteri baru sudi menjaga anak-anak ini kerana kasihan.

Bagaimanapun, si bapa dikatakan sekali lagi membuat hal dengan berkahwin dengan perempuan yang lain. Bukan itu sahaja, dia juga didakwa mengaibakan tanggungjawab kepada isteri pertama dan ketiga-tiga anaknya

Bukan itu sahaja, si bapa dan isteri pertama dipercayai mendiamkan diri selepas menghantar kanak-kanak ini di home tahfiz. Apa yang akan menyulitkan urusan kanak-kanak ini adalah ketika mereka ingin membuat kad pengenalan berikutan status ibunya tidak diketahui berada di mana.

Home tahfiz tak tergamak nak buang mereka. Nak hantar kemana? Dalam sijil lahir ada nama ibu, tapi ibu pun tak tahu di mana.

Mereka akan bertemu masalah apabila nak buat kad pengenalan sebab ibu kandung menghilangkan diri.

Sumber:Ohbulan & Baitus Solehah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *