Semasa

Hilang dari media sosial, Shuk Sahar dirakam keluar dengan wanita misteri

Sejak kontroversi berkenaan rumah tangganya menjadi perbualan netizen, nama Shuk Sahar  kerap kali dipandang negatif. Kecurangannya terhadap isteri sering saja didedahkan di media sosial sehingga ramai yang sudah letih dengan drama rumah tangganya..

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Namun begitu, setelah pelbagai cerita sensasi berkaitan pelawak tersebut dengan wanita lain bertebaran, isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dikatakan tekad mahu berpisah walaupun beberapa kali Shuk dilihat cuba memujuk bagi memperbaiki hubungan.

Shuk juga seakan ‘hilang’ dari industri seni Tanah Air apabila media sosialnya tidak lagi aktif sejak penghujung tahun lalu.

Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian yang tular sejak pagi tadi di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @xnurazli_ telah memuat naik video secara tidak sengaja terjumpa pelawak berkenaan.

Shuk dilihat sedang lepak bersama seorang perempuan yang dipercayai wanita sama yang menjadi punca kontroversi-kontroversi sebelum ini.

Hal ini susulan tindakan ‘paparazi’ netizen yang mulai menjengah ke Instagram wanita itu bagi melihat sama ada baju dan tudung yang dipakai sama seperti gambar yang pernah di post sebelum ini.

Tak hanya itu, netizen turut mempersoalkan tindakan wanita di hadapannya yang duduk di atas tiga buah kerusi seperti yang sering dilakukan kepada kanak-kanak yang tidak sampai untuk makan diatas meja berikutan meja tersebut terlalu tinggi.

Tonton Video SILA KLIK SINI

Sumber: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *