Semasa

Sebak tengok Ielaki tidur sebelah kvbur lsteri, netizen beri kata2 semangat. Salam tkziah buat suami

Satu video tular di Indonesia yang memaparkan aksi seorang lelaki yang berbaring di sebelah kubur dipercayai milik isterinya menjadi bualan netizen di laman sosial baru-baru ini, lapor laman Suara.com.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Sayu: Meninggal Dunia Ketika Mencari Nafkah Utk KeIuarga, PenjuaI Aiskrim Kaku Di Atas MotorSayu: Meninggal Dunia Ketika Mencari Nafkah Utk KeIuarga, PenjuaI Aiskrim Kaku Di Atas MotorSayu: Meninggal Dunia Ketika Mencari Nafkah Utk KeIuarga, PenjuaI Aiskrim Kaku Di Atas MotorSayu: Meninggal Dunia Ketika Mencari Nafkah Utk KeIuarga, PenjuaI Aiskrim Kaku Di Atas MotorSayu: Meninggal Dunia Ketika Mencari Nafkah Utk KeIuarga, PenjuaI Aiskrim Kaku Di Atas Motor

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @lukmansemborro itu, jelas kelihatan seorang lelaki sedang berbaring di sebelah sebuah kubur tanpa apa-apa kain untuk mengalas tubuhnya.

Dia hanya mengenakan baju berwarna biru dan seluar panjang.

Kubur di sebelahnya pula ditaburi dengan kuntuman bunga yang lkelihatan masih baharu dan segar.

Video tersebut bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa lelaki itu berbaring di situ.

Aksi lelaki itu menyebabkan netizen berasa sedih dan sebak.

Menerusi ruangan komen, netizen dilihat membuat andaian bahawa kubur tersebut adalah milik arwah isteri lelaki itu.

“Mungkin isterinya baru meninggal dunia dan dia menunggu di sebelah kubur tersebut. Semoga anda bersabar ya,” tulis seorang netizen.

“Mungkin isterinya meninggal dunia dalam keadaan sedang hamil lalu dia menunggu di sisi isterinya bagi mengelakkan bayinya nanti diambil orang jahat, begitulah kata datuk saya dahulu,” tulis seorang netizen lain.

Tonton Video:

Video tersebut sudah ditonton hampir 10,000 kali dengan lebih 6,000 tanda suka. – Agensi, Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *