Semasa

Kereta terbabas, wanita meninggal dunia, tiga lagi tercampak ke luar kereta. Salam takziah buat keluarga

Seorang ibu kepada empat anak maut selepas kereta dinaiki bersama suami, anak bongsu dan ibunya terbabas di Jalan Jeniang-Sik-Pedu di Kampung Surau.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, mangsa Siti Fatimah Md Noor, 30, meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dalam kejadian pada 3 petang itu.

Beliau berkata, empat sekeluarga itu menaiki kereta Proton Waja dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Belantik ke Pekan Sik.

Abdull Razak, berkata semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa meninggal dunia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.

Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan terhadap mangsa selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga mangsa. Alfatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *