RAKAMAN VIDEO KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI
Tidak pastilah apa salah pasangan suami isteri ini sampai kau sanggup tendang kepala orang tua yang tidak bermaya. Sakit betul hati ni bila tengok video yang baru sahaja dikongsikan di Facebook beberapa jam lalu.
Video yang dikongsikan Taa Qyum itu telah berjaya dirakam seorang individu yang menyorok disebalik tingkap bersebelahan rumah mangsa.
Ia menunjukkan seorang lelaki yang dalam keadaan marah menendang kepala seorang lelaki warga emas yang terduduk di tanah bersama isterinya.
Isteri mangsa dilihat merayu agar mereka tidak diapa-apakan tetapi suspek yang masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang terus menendang mangsa dari arah belakang.
Menurut laporan Harian Metro, punca sebenar kejadian tersebut adalah disebabkan tidak mendapat wang yang dimintanya kepada bapa tiri semata-mata untuk membeli ddah.
Tangkap layar lelaki tersebut di belasah oleh pakcik-pakcik tiri nya.
“Mangsa yang mengalami sakit di dada dan muka kemudiannya membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya.
“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di pekarangan rumah pasangan warga emas terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Shahnaz berkata, suspek kemudiannya ditahan pada 6.45 petang di kawasan Lubuk Boidi sini, dan siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dilakukan.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek adalah seorang pesakit mental dan memiliki kad orang kurang upaya (OKU) mental yang disahkan oleh isteri mangsa.
Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 2012.
Netizen Perasan Lelaki Tersebut Pernah Viral Sebelum Ini
Menjengah ke ruang komen di group facebook ATK-RainTown, beberapa netizen mendedahkan lelaki tersebut merupakan individu yang pernah tular sebelum ini berkenaan emas.
Setakat ini masih tidak dapat dipastikan lagi kesahihan berkenaan apa yang diberitahu oleh netizen sama ada lelaki tersebut merupakan orang yang sama atau hanya sekadar pelanduk dua serupa.
Tonton 3 Video Dibawah:
Menyirap Tengok! Jiran Sempat Rakam Lelaki Tergamak Tendang Kepala Orang Tua Tidak Bermaya pic.twitter.com/yLH8bRNwbn
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) February 15, 2022
Baru thu komando kau celah Mana …
Makan tu …
Budak Kuang ajor Ngan org tua pic.twitter.com/DU0ejbDjy0— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) February 15, 2022
Sumber HM, Group Facebook ATK-Raintown