Semasa

‘Kami dalam perjalanan hantar kad kahwin anak sulung” – Luahan lsteri undang sebak ramai,selepas 36 jam jasad suami dijumpai tersangkut di pukat.

Besut: Seekor anjing pengesan, Lady digunakan untuk membantu mengesan mencari Shukri Wahab yang terjatuh ke dalam sungai berhampiran Jambatan Tembila di sini.

RAKAMAN DI BAWAH SEKALI

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Muhammad Basri Kamarazaman berkata, anjing pengesan itu tiba di lokasi pada 4.55 petang dan diaktifkan untuk tugasan pada 5.45 petang.

Menurutnya, sebelum ini beg sandang milik mangsa yang berusia 52 tahun itu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 12 tengah hari.

Semalam, Shukri dikhuatiri lemas selepas kenderaan dinaikinya bersama isterinya, Azizah Mohamad Yusof, 51, hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam Sungai Keluang Besar sewaktu melalui Jambatan Tembila.

Bagaimanapun, Azizah terselamat apabila sempat berpaut pada sebatang pokok di tebing sungai namun Shukri gagal ditemukan walaupun kenderaannya berjaya dinaikkan dengan menggunakan kren pada 6.25 petang semalam.

Jerteh: Selepas lebih 36 jam, jasad Shukri Wahab yang terjatuh ke dalam sungai berhampiran Jambatan Tembila di sini, semalam, akhirnya ditemukan pada petang hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Muhammad Basri Kamarazaman berkata, mayatnya dijumpai tersangkut pada pukat yang dipasang oleh orang awam pada 6.09 petang kira-kira enam kilometer dari lokasinya terjatuh.

“Saya bersama beberapa rakan cuba membantu mencari mangsa di tepi sungai sebelum menemukannya dengan keadaan masih lengkap berpakaian,” katanya.

Jerteh: “Pada awalnya arwah bercadang untuk ke Kuala Terengganu pada Sabtu ini untuk menjemput saudara ke majlis perkahwinan dua anak kami sebelum menukar rancangannya pergi semalam,” kata Laila Wati Omar.

Laila Wati, 43, bekas isteri Allahyarham Shukri Wahab, 52, yang ditemukan lemas selepas tersangkut pada pukat kira-kira enam kilometer dari lokasi kenderaannya terjatuh ke sungai berhampiran Jambatan Tembila di sini, semalam.

“Walaupun pada awalnya kami masih menaruh harapan bapa selamat namun kami reda.

“Kami berterima kasih kepada semua anggota penyelamat, penduduk serta sesiapa juga yang terbabit dalam operasi mencari bapa sejak semalam,” katanya.

Farah yang juga penuntut tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, segala persiapan kenduri majlis perkahwinannya sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu hari untuk dilangsungkan.

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *