Semasa

Tegur isu penjagaan cucu, Chef Wan dapat surat saman RM1juta dari bekas menantu akhirnya ini tindakan beliau

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja chef selebriti terkenal, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan bin Ismail, 64 melenting di media sosialnya apabila menerima surat saman malu dari peguam bekas menantunya iaitu Shikin Maembong.

Shikin atau nama sebenarnya,  Siti Nur’ Ashikin binti Ismail telah menghantar surat saman malu kepada Chef Wan atas sebab chef selebriti itu menegur tindakan wanita itu dan juga anaknya, Chef Riz atau Muhammad Nazri berkenaan isu penjagaan anak mereka.

Dalam luahan panjang lebar Chef Wan di Instagramnya, dia mengatakan yang ada menegur berkenaan urusan penjagaan anak memandangkan Shikin serta Chef Riz dikatakan bertelagah berhubung perkara itu.

Mereka juga sudah dewasa dan masing-masing telah mempunyai kehidupan sendiri. Jadi, mengapa mahu menyusahkan dengan melakukan tindakan tersebut.

Dalam pada itu, Chef Wan juga ada menyentuh perihal perkahwinan mereka dahulu yang dikatakan ditanggung 100% oleh Chef Wan sendiri.

Di dalam luahan yang dibuat Chef Wan lagi, dia meminta agar anak-anaknya berhenti melakukan perkara-perkara pelik kerana dia sudah penat melayan perkara itu semua.

Dia juga sempat menegur bekas menantunya yang tidak rasa malukan sampai mahu menyaman dirinya yang telah memberi nasihat kepadanya serta Chef Riz berhubung isu penjagaan anak.

Jadi, dia meminta untuk semua pihak ‘move on’ dengan apa yang berlaku dan tidak menambah masalah di kemudian hari setelah masing-masing mempunyai keluarga sendiri.

Untuk makluman, anak sulung Chef Wan pernah berkahwin dengan Shikin Maembong yang juga kakak kepada pelakon terkenal Emma Maembong sekitar tahun 2014.

Namun begitu, mereka telah berpisah pada 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Sumber: Ohmymedia, lnstagram Chefwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *