Semasa

Nahas motosikaI terbabas Ianggar kerbau, Noor Azmi meninggal dunia di tempat kejadian. Salam takziah buat keluarga

REMBAU: Seorang tukang kebun maut apabila motosikal yang ditungganginya hilang kawalan dipercayai selepas terlanggar kerbau melintas dalam kejadian di Kilometer 2.6 Jalan Pedas-Kundur-Linggi, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.01 pagi itu, mangsa, Noor Azmi Mohd. Noor, 56, yang beralamat di Taman Chembong Jaya di sini disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Hazri berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat.

Luahan jiran kepada arwah

Jiran sebelah rumah saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya subuh td.

Arwah otw pergi kerja Dan sampai tempat kejadian kemungkinan arwah di langgar lari

Saya dapat berita,terus saya pergi ke tempat kejadian dan saya terus jaga arwah sehingga polis selesai buat siasatan.

Arwah telah di hantar ke unit forensic rembau untuk ujian swab test covid dan posmotem

Insyaallah paling lewat esok pagi baru posmotem

Saya mohon jasa baik kalian semua untuk mendoakan arwah EN NOOR AZMI BIN MOHD NOOR, 56 tahun di permudahkan urusan arwah dan di tempat kn dikalangan org2 beriman.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber Utusan

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *