PETALING JAYA – Padah kerana mencuri lembu, sekumpulan lelaki dipercayai penduduk kampung bertindak membakar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey.
SILA LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAK SEKALI
Menerusi perkongsian di laman Facebook Info Bencana Terengganu, kenderaan tersebut dipercayai digunakan oleh beberapa individu untuk mencuri lembu di sebuah ladang kelapa sawit.
“Tak pasal-pasal sambut raya dalam lokap,”kata Puteri Sharifah Effa.
Pada masa sama, ada juga pengguna yang mengecam tindakan pemilik lembu yang sebelum ini sesuka hati membiarkan ternakan berkeliaran sehingga menyebabkan kemalangan dengan pengguna jalan raya.
“Masa curi lembu kemain beria muncul tuan lembu, kalau masa langgar dan melibatkan nyawa orang tak ada pula tuan yang mengaku lembu dia,” tulis Cik Anie Ahmad Chik.
VIDEO DI BAWAH INI
— muhd haziq (@ahli_saintis) April 13, 2022
Sumber: kosmo