Semasa

Kantoi Paksa Kucing Lakukan Persetvbuhan di Taman Permainan, Akhirnya Warga Emas ini Mengaku Bersalah

Seorang lelaki warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas dakwaan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kucing di sebuah taman permainan.

Gambar sekadar hiasan

Tindakkan wargar emas ini bagaimanapun telah mengejutkan hampir seluruh takyat Malaysia.

“Macam mana perasaan keluarga..”

“Bulan yang mulia ni lak..”

Memetik laporan Kosmo!, kejadian tersebut berlaku di sebuah taman permainan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pada 16 April lalu.

Tertuduh, Janting Anak Keling, 63 tahun, membuat pengakuan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Fatimah Zahari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja itu telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan seekor kucing. Ekoran kejadian tersebut, kucing tersebut mati.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan denda atau sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar wang jaminan dikurangkan kerana tidak bekerja dan hanya berada di negeri ini untuk melawat anaknya.

Susulan itu, mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh 25 Mei untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Hukuman tidak dijatuhkan walaupun tertuduh telah membuat pengakuan bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap dokumen kes terlebih dahulu.

Terdahulu, media melaporkan tertuduh ditahan selepas satu laporan polis dibuat keatasnya oleh seorang penduduk kawasan perumahan itu yang menjadi saksi kepada kejadian tersebut.

Sumber: Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *