Walaupun orang kata mimpi ini hanyalah mainan tidur dan tidak boleh diambil serius, siapa sangka mimpi yang kerap dialami seorang gadis ini merupakan petanda dirinya ‘diganggu’.
Dalam satu pendedahan gadis yang dikenali sebagai Tqa, dia sering kali mengalami mimpi-mimpi aneh yang rupa-rupanya membawa petanda dirinya didampingi benda halus.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Tqa terkejut selepas pengamal perubatan Islam yang ditemuinya memaklumkan bahawa dia sedang mengandung bayi kepada makhluk halus yang sudah lama mendampinginya.
Menurutnya, makhlus tersebut telah mendampinginya sejak di bangku sekolah menengah.
“Sebelum tu setahun yang lalu kitaran haid saya asyik tak teratur. Selalu mimpi lelaki tapi muka dia tak jelas. Selalu mimpi bayi tapi berbulu hitam sedang menyusu.
Ada pakcik yang pandai di kampung tentang rawatan islam. Saya minta tolong dari jauh tapi dia suruh datang juga.”
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) April 26, 2022
Seteleh meluangkan masa 3 jam berubat, makhluk ghaib tersebut berjaya dibuang dari dalam badannya meskipun pada awalnya ‘benda’ tersebut degil.
Justeru, Tqa turut memberi peringatan kepada wanita agar sentiasa membaca doa sebelum tidur untuk mengelakkan gangguan sebegitu.
Sumber: Tiktok @tqaaa_____