Semasa

Tak Mahu Terus Terpalit, Ibu Syamsul Akhirnya Beri Pesanan Padu “Individu itu sendiri tahu..”

Kata Ibunya sesiapa yang mengganggu rumahtangga anaknya dinasihatkan untuk bertaubat. Itulah kata-kata dari Datin Fatimah, Ibu kepada Syamsul Yusof sendiri.

“Saya nak nasihatkan orang yang tak ingin melihat Syamsul dan isteri serta keluarganya bahagia itu, bertaubatlah.

“Kenapa mesti nak lakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan masjid? Itu dosa besar. Janganlah ada iri hati. Kasihanilah anak-anak mereka.

“Saya rasa, mereka tahu mereka itu siapa. Kadang terfikir juga, orang yang kita layan ini betul atau tak betul.

Rasanya, buang masa melayan orang begini yang tak ada maruah diri,” katanya memberitahu bahawa individu itu sendiri tahu siapa diri mereka.

“Orang yang mendoakan kebahagiaan mereka, teruskan berdoa. Kepada yang berniat tak baik kepada keluarga Syamsul dan Sarah, saya harap orang ini akan menerima balasannya,” katanya kepada Melodi.

“Anak-anak masih kecil, jadi kami tak nak terburu-buru membuat keputusan yang boleh merosakkan semua.

Bagus juga dengan perpisahan sementara ini dan bukan perpisahan selama-lamanya.

“Sementara itu, kita boleh berfikir dan bermuhasabah diri. Kami sepakat untuk kembali bersama kerana anak-anak.

“Tipulah kalau dah tak ada cinta kerana perasaan itu masih ada,” ujar Sarah pula.

Sumber : hm / kImenjerit

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *