Seorang wanita dan anak lelakinya maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Persiaran Timur dari Kajang menghala ke Pinggiran Putra, Putrajaya petang tadi.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Menurut laporan Bernama, mangsa Amalina Azman, 32, yang cedera parah disahkan meninggal di Hospital Putrajaya manakala anak lelakinya Dzul Qarnain berusia dua tahun maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kereta jenis perodua Myvi dipandu suami mangsa dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar penghadang air atau ‘water barrier’ di bahu kiri jalan.
Beliau berkata, bagaimanapun suami mangsa Mohd Iqbal tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan berkenaan.
Tambah A. Asmadi, siasatan awal mendapati suami mangsa dipercayai mengantuk ketika memandu, lalu hilang kawalan dan terbabas sendiri.
Sementara itu, berita pemergian Amalina dan anaknya turut mengundang rasa pilu kenalan rapat menerusi beberapa muat naik posting di laman Facebook.
Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..