Semasa

Gara² Jiran Hina Suaminya Tgh ‘Mereput di Neraka’, Terus Dia Bina Tembok 3 Meter Tutup Laluan Jalan

Akibat perselisihan faham dengan jiran, seorang wanita yang dikenali dengan nama Sunarsih sanggup membina tembok sepanjang 10 meter di rumahnya yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia.

Lebih menyakitkan hati apabila Sarimah tergamak menyumpah seranah suami Suraya yang baru meninggal dunia dengan mengatakan lelaki itu sudah mereput di dalam tanah.

“Suami saya yang sudah meninggal pernah dihina membusuk di neraka.”

Susulan itu, Ketua Kampung bersama pihak polis berusaha menangani masalah tersebut dengan mempertemukan kedua-duanya.

Namun, Suraya berkeras tidak mahu meruntuhkan tembok itu tetapi dia akan membuka sebahagian tembok selama dua hari untuk memudahkan Sarimah mengangkat barangnya untuk pindah di rumah saudaranya di Kudus.

Menurut sumber, Sarimah yang merupakan warga emas menangis apabila terpaksa melangkah keluar dari kediamannya.

Selepas selesai semuanya, Suraya akan menutup kembali tembok tersebut.

Sumber: Regional Kompas, Kumparan, Tribunnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *