Semasa

“Ayah Baru Lepas DiaIisis” – Selepas Teruk DibeIasah, Menyedihkan Ini yg Berlaku kpd Pakcik Tua Tersebut

SHAH ALAM – Tidak berpuas hati dengan cara pemanduan mangsa dikatakan antara punca seorang lelaki warga emas cedera dipukul dalam kejadian berhampiran jejantas di Padang Jawa di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati apabila mendakwa mangsa membelok kenderaannya secara tiba-tiba.

“Suspek berang apabila mangsa membelok (kenderaan) secara tiba-tiba di lokasi kejadian, itu antara sebab suspek memarahi lalu memukul mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Anak kepada pakcik yang dipukul tampil jelaskan cerita sebenar.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu disangkal oleh anak kepada warga emas tersebut. Menurut kronologi dikongsi Muhammad Azzali Zainoldin, kejadian berlaku apabila bapanya sedia membelok kereta untuk naik sebuah jambatan.

Namun tanpa disedari, sebuah motosikal datang dengan laju di sebelah kanan cuba memotong kereta bapanya tetapi hendak menghala arah terus. Gara-gara itu, suspek merasa tidak selamat sekali gus terus menjerit ke arah warga emas berkenaan.

Assalamualaikum. Terlebih dahulu sy ucapkan terima kasih kepada saksi dan orang awam yang cuba menyelamatkan pakcik tua tersebut. Sebagai anak yang menguruskan ayah sy yang sedang sakit buah pinggang (dialisis ), luluh hati ini melihat dia dipukul. Adakah dia layak dipukul sebegitu rupa.??

Sedih saya melihat penyebaran fitnah berlaku dengan mudahnya apabila pelbagai tuduhan diberikan. Adakah ini amalan yang dituntut dalam agama ? Astaghafirullah..

Dek kerana tidak puas hati dan meliht ayah keluar dari kereta ,suspek u turn dan kembali ke kereta ayah dan parking di sebelah kereta (bhgian penumpang). Dia terus melulu ke arah ayah dan terajang.

Apa lah kederat otang tua yg baru lepas dialisis semlam. Dia tumbang disitu. Tidak cukup lgi, dia naik atas badan ayah dan terus tidak henti2 menumbuk muka dan sambung memijak badan ayah. Kata2 sepeti “mati kau” berulang kali disebut oleh suspek.

Jikalau anda perasan , ayah tidak melawan kerana dia tiada daya upaya . Dan dia tertnya tnya apa salah nya. Dan jikalau kita perasan lg , sewaktu dipukul ayah sedang melindungi lengan kirinya dan pinggang nya dari tercedera. Ini kerana Risaw tapak dialisis nya pecah atau putus.

Mak dan anak buah (3 tahun setengah) yang berada di dalam kereta hanya mampu melihat seorang suami dan atok nya dipukul. Seorang yang berumur bersama isteri dan cucu boleh jerit atau tunjukkan jari lucah “f*ck “ pada suspek yg dia risaw td ????? Jawapn tidak . Tiada perktaan / perbuatan tersebut dibuat. Ini hanya kata2 dari mulut suspek utk memohon ehsan simpati atas tindakan nya.

Selepas kedua dua mereka selesai membut laporan polis, Ayah telah pun dibawa ke hospital shah alam dan telah keluar pada jam anggaran 10.30pm td . Bdan nya masih lemah dan dia mengadu masih sakit di rusuk kiri.

Sekali lg , terima kasih pada abg boy ,Dato Fairuz , abg sham , Cepet , pemuda padang jawa dan penduduk padang jawa lain yg membantu melindungi keselamatan ayah dari kejadian tersebut dari awal sehinggalah ke balai polis. Tidak terblas budi anda semua.

Dia lah satu2nya ayh yg sy masih ada utk saya jaga.

Kredit : FB Muhamad Azzali Zainoldin via Orang Kampung Padang Jawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *