Lama tak dengar cerita tentang Sharifah Sakinah, pasti ramai tahu pelakon itu sering ditegur kerana berpakaian terlalu seksi.
Meskipun teguran serta kecaman diberikan namun ianya tidak diendahkan dan Sakinah tetap tenang menjalani kehidupannya seperti biasa.
Tidak kurang juga, ada yang meninggalkan komen pedas mengatakan tubuh yang ditayang dan dibanggakan itu akan dibakar di dalam neraka.
Tidak melatah dengan komen netizen itu, Sakinah dilihat membalasnya dengan emoji love. Apa pun kita doa yang baik-baik sahaja.
Baru-baru ini perkongsian pelakon itu menjadi bualan apabila memuat naik video menunjukkan tandas di rumahnya.
Rata-rata netizen terpegun dengan tandas mewah rumahnya yang baru diubah suai itu apatah lagi diperbuat daripada material jenama mewah dunia seperti Louis Vuitton dan Gucci.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, netizen kurang senang dengan kapsyen pelakon itu yang menyamakan tandasnya dengan syurga sekaligus mengundang kecaman.
Kata netizen gurauan Sakinah seolah tidak kena tempat apatah lagi menyamakan syurga dengan tempat yang kotor serta seperti mempersendakan agama dan meminta pelakon itu beristighfar.