Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang selebriti Malaysia telah bersiaran langsung dengan mengulas isu menutup aurat telah mengundang pelbagai reaksi warganet di media sosial.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai @nazrul_al_bangsari, artis terbabit meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang sebanyak tiga kali untuk ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah walaupun masih belum mengenakan hijab.
Apa yang membuatkan lebih ramai trigged adalah tindakan selebriti itu yang mempersoalkan terdapat golongan mengikut perintah Allah dengan memakai hijab tetapi perbuatan mereka tidak seiring dengan penampilan.
‘Kejujuran’ pemilik nama Saripah Raziah Mustapha itu telah membuatkan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun terpanggil untuk memberikan sedikit teguran kasih sayang kepada artis terbabit.
Dalam perkongsian panjang lebar Ustazah Asma’ di Facebook, beliau mengingatkan mana-mana pihak supaya hati-hati dalam apa yang diberi kerana ia boleh menjadi istidraj.
Tambahnya, peluang menunaikan haji dan umrah memang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Namun, kayu ukur utama adalah perubahan yang dilakukan selepas pulang dari mengerjakan ibadah tersebut sama ada ibadah lebih baik, sama sahaja atau semakin buruk.
Ustazah Asma’ menjelaskan yang teguran-teguran diberi sama sekali bukan bermaksud mahu mengambil kerja Tuhan tetapi ia juga bukan bermakna orang lain boleh senang-senang memperkecilkan perintah Tuhan.
Di akhir perkongsian tersebut, pendakwah wanita itu meminta kita semua berfikir tentang apa yang sudah dilakukan kerana walapun sudah meninggal dunia, dosa yang mengalir disebabkan perbuatan lama tidak akan terhenti.
Jelas Ustazah Asma’, penulisan beliau yang panjang lebar bukannya mahu mengaibkan sesiapa tetapi adalah tanggungjawab sebagai masyarakat Islam dalam menegur sesuatu yang dilihat kurang baik.
Beliau mengingatkan yang setiap rupa, kekayaan, kemasyuran, pengaruh dan pujian manusia adalah anugerah, namun jika digunakan ke jalan bercampur maksiat, ia adalah satu musibah.
Sama-sama kita ambil pengajaran dan ilmu yang diberi sebagai panduan untuk masa hadapan.
“Fitnah, Saya Tidak Akan Maafkan..” lfa Raziah Jawab lsu Tak Bertudung Tpi 3 Kali Pergi Umrah
PENYANYI dan pengacara Ifa Raziah kecewa apabila sebuah video pendek yang memaparkan kenyataannya tentang dijemput menunaikan umrah biarpun belum berhijab tular sehingga mencetuskan kemarahan ramai.
Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, video yang tersebar tersebut sudah disunting pihak tidak bertanggungjawab dan menimbulkan fitnah terhadap dirinya.
“Orang yang edit video itu salah. Apa yang dia muat naik tidak seperti yang saya katakan ketika membuat live di media sosial. Kalau orang tonton video penuh saya, mereka tahu apa yang saya maksudkan.
Video yang dimuat naik oleh individu tersebut telah menimbulkan fitnah. Saya tidak akan maafkan dia,” ujarnya kepada mStar pada Rabu.
Terdahulu, kenyataan Ifa tentang sudah dijemput menunaikan umrah walaupun belum menutup aurat menerima pelbagai respons termasuk beberapa ustazah.
Dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu, Ustazah Asma’ Harun menegur kenyataan itu dan berkongsi hukum menutup aurat dan menunaikan umrah.
Menurut Ustazah Asma’ ramai yang salah faham mengenai keutamaan ini dan menyebabkan perkara wajib (menutup aurat) dilengah-lengahkan sementara yang sunat pula dikejar.
Tak perlulah saya nak cari siapa yang sebarkan video tersebut. Buang masa sahaja. Walau saya boleh ambil tindakan saman, tetapi lebih baik berdiam sahaja
Sementara itu, Ifa menerima terguran tersebut dengan hati terbuka dan berharap perkara semua pihak tidak melaga-lagakan mereka dengan isu tersebut.
Ustazah hanya bercakap secara umum dan langsung tidak menyebut nama saya. Saya tidak salahkan dia kerana dia bercakap untuk memberi ceramah.
“Janganlah melaga-lagakan saya dengan dia kerana isu tersebut,” katanya.
Sementara itu, Ifa berkata, dia tidak berniat untuk mencari individu yang menyebarkan video tersebut kerana tidak mendatangkan sebarang faedah.
Dia juga yang sudah lali dikecam dan tidak pernah ambil pusing dengan setiap kata-kata negatif kerana percaya perbuatan jahat itu akan dibalas dengan kebaikan terhadap dirinya.
“Tak perlulah saya nak cari siapa yang sebarkan video tersebut. Buang masa sahaja. Walau saya boleh ambil tindakan saman, tetapi lebih baik berdiam sahaja.
“Selama saya berada dalam industri, pelbagai kontroversi tentang diri saya sebelum ini. Namun saya tidak pernah ambil pusing kerana saya tahu apa yang saya lakukan.
“Saya ini bukanlah ustazah. Hanya orang biasa yang sentiasa mahu memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik.
“Saya juga percaya apabila orang bercakap buruk sebegini akan ada benda baik untuk saya. Mungkin show akan bertambah dan produk saya semakin laris,” jelasnya.
Tonton Video: SILA KLIK DI SINI
Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun, TikTok @nazrul_al_bangsari