Semasa

“Ingat lawak ke, b*doh” Netizen Berang Bila Aeril Acah² Menolak Wawa Jatuh ke Sungai Persendakan Tangmo

Jika anda mengikuti Instagram Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, pasangan selebriti itu kini berada di Thailand bercuti bersama kakitangan Wawa Cosmetics.

Menerusi TikTok, Aeril ada berkongsikan video bersama Wawa menaiki bot menyusuri sungai yang dikelilingi panorama kehijauan dengan berlatar belakangkan sebuah lagu Thailand.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Di laman Twitter, ada netizen mendakwa aktor itu seolah mempersendakan kematian aktres Thailand, Tangmo Nida yang menggemparkan media sosial berapa bulan lalu.

Pada pertengahan video tersebut, Aeril dilihat seolah-olah menolak Wawa ke dalam sungai. Video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Mungkin sedar perkongaiannya itu dikecam teruk oleh netizen, video tersebut sudah tiada di akaun TikTok Aeril dipercayai telah dipadam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *