Semasa

Seorang Pemain Bola Sepak Terkenal Tanah Air Ditahan Atas Dakwaan Merog0I Gadis Bawah Umur

Kota Bharu: Seorang pemain bola sepak liga tanah air ditahan bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, malam Ahad lalu.

Ia selepas pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa berusia 18 tahun.

Kejadian yang tular itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-rata terkejut dengan berita tersebut.

“Kena siasat betul-betul..”

“Statement perempuan tu macam pelik..”

Dapat Masej Berbaur Lvcah

“Dalam laporan dibuat, mangsa yang juga seorang jurujual kain dan tudung berada di rumahnya sebuah kampung di Jalan PCB, keluar dari bilik untuk membuang sampah pada 12.30 tengah hari Ahad lalu.

“Mangsa mendakwa didatangi suspek yang tiba-tiba menolaknya dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur.

“Dia (mangsa) cuba melawan dan menjerit namun ketika kejadian tiada ahli keluarga dan dia yang tidak berdaya akhirnya dirogoI suspek,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, mangsa sudah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan hasil pemeriksaan mengesahkan terdapat satu kesan koyakan baharu.

Muhamad Zaki berkata, hasil siasatan dan temubual dijalankan, mangsa mengenali suspek yang juga pelanggan tetap kedai makan milik emaknya.

Katanya, mangsa juga mendakwa pernah menerima gambar dan mesej berbaur lvcah melalui WhatsApp daripada suspek tahun lalu ketika masih bersekolah.

“Suspek ditangkap pada hari sama di Kampung Kijang, Jalan PCB. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

“Polis turut merampas baju dan seluar digunakan suspek semasa kejadian jenayah itu dilakukan.

Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 2 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Gambar Sekadar Hiasan/SumberHarian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *