Semasa

Keadaan Mula Jadi Tak Terkawal Sehingga Mak Ayah Sendiri Terpaksa Bergelut Menyelamatkan Diri

Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka dipecah masuk seorang perompak bersenjatakan pisau di Kampung Laut, Wakaf Bharu, Kelantan awal pagi semalam.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Nur Solehah berkata, kejadian sekitar jam 4.45 pagi itu dipercayai berlaku selepas suspek memecah masuk melalui grill tingkap kediamannya.

keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka

keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka

keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka

Difahamkan, jari bapanya mengalami kecederaan sehingga menerima 10 jahitan ketika dirawat di Hospital Tumpat namun bersyukur kedua orang tuanya masih dipanjangkan usia.

“Alhamdulillah Allah panjangkan umur lagi. Allah selamatkan lagi nyawa kami semua walaupun jari ayah kena pisau, kena 10 jahitan. Doakan tiada kesan kepada penyakit lain dan cepat sembuh.

“InsyaAllah. Alhamdulillah tak dang rompak apa2 pun. Jiran terkejut ada tangga kat tingkap rumah dia. So rasanya dia aim rumah jiran dulu tapi tak berjaya. Tu try rumah lain. Wallahualam,” ujarnya.

keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka

Tambah Nur Solehah, dia meminta penduduk setempat berhati-hati sekiranya mencurigai sesuatu apatah lagi perompak terbabit memakai topeng sekali gus sukar untuk dikenali.

“Saya share sebagai peringatan untuk semua especially penduduk Kampung Laut.

Kalau ada syak apa2, kemungkinan suspek yang sama. Suspek bertopeng, tak nampak muka. Bulan puasa ni dia main kotor pulak.

“Harap2 Allah permudahkan, beri petunjuk untuk tangkap penjenayah ni. Hati2 semua. Moga Allah lindung kita semua. InsyaAllah,” kongsinya.

keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka

Posting tersebut menerima sebanyak 3,400 perkongsian dan lebih 500 komen netizen yang rata-rata turut meminta ahli keluarga masing-masing berwaspada selain mendoakan keluarga mangsa dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Facebook Nur Solehah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *