Semasa

“Kau Tunggu Aku Ludah Muka Kau, Nak Tgk Kau Sabar ke Tak” – Syamsul Yusof Naik Angin Isu Dikaitkan Dengan..

Semalam berlangsungnya pelancaran filem Mat Kilau arahan pengarah Syamsul Yusof. Bagaimanapun, sebuah portal tempatan mendakwa kelibat pengarah itu tidak muncul.

Difahamkan, pihak portal berkenaan mahu menyelesaikan isu sebelum ini dengan pengarah itu yang tidak berpuas hati dengan laporan mengenai rumah tangganya.

Gara-gara tajuk berita yang didakwa melampaui batas, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof mahu berjumpa dengan wartawan sebuah portal hiburan.

Menurut Syamsul, ada pihak yang sengaja mencari masalah dengannya dan mendakwa ini bukan kali pertama portal tersebut melakukan perkara sama terhadap anak seni.

“Bahasa dan tajuk artikel langsi sangat. Ni bukan news tapi headline cari gaduh. N*z*m nak sangat attention kan?

Nak pancing aku dengan headline bodoh supaya aku meletopkan. Okay.

Orang lain boleh kau sampahkan dengan artikel tak ada etika macam ni, dengan aku memang silap besar.

Kau suruh aku sabar, baik kau tunggu aku ludah muka kau dulu then lepastu aku suruh kau sabar.”

Tambah Syamsul, portal tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan tajuk berita sedemikian dan bersembunyi di sebalik penulisan artikel berkenaan.

Terdahulu, Syamsul bengang apabila sebuah portal memuat naik artikel berbunyi ‘Syamsul Yusof kau menyorok di mana? Puas wartawan **** cari tak jumpa’.

Jelas Syamsul, artikel tersebut sengaja membangkitkan kemarahan dirinya selepas dia tidak hadir ke majlis pelancaran sebuah filem baru-baru ini.

Semalam berlangsungnya pelancaran

“Dia memang nak datang malam ini, tapi dia demam panas. Saya nasihatkan lebih baik dia tidak datang.

Bagaimanapun, dia kata akan berusaha nak datang,” katanya kepada mStar Online.

Susulan khabar angin mengatakan Syamsul akan berkahwin lagi, penerbit filem tersohor, Datuk Yusof Haslam enggan campur tangan berhubung spekulasi tersebut.

Tidak mahu mengulas lanjut, Yusof, 68, bahkan mengunci mulut saat ditebak tentang restunya sebagai seorang bapa jika perkahwinan tersebut benar-benar terjadi.

“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terlibat.

“Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” ujarnya sebentar tadi.

Disoal adakah kesemua pihak yang terlibat perlu bersemuka untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga anaknya, pemilik Skop Production itu bertegas, Syamsul sendiri yang seharus mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah berkenaan.

“Soal ini Syamsul yang perlu jawab, tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana,” kata Yusof.

Dalam pada itu Yusof juga berharap anak sulungnya kuat menempuh kontroversi terbaharu ini kerana isu peribadi adalah masalah biasa buat selebriti.

“Buat Syamsul saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah,” ujarnya.

Khabar angin perancangan perkahwinan Syamsul tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang dramatis veteran.

Sumber: Syamsul Yusof

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *