Semasa

Puteri Sarah Kongsikan Status Mengatakan Syamsul Telah Bertunang “Jangan Lupa Anak²”

Perkongsian pelakon Puteri Sarah di IG Story menjadi perhatian apabila berkongsi mengenai laporan portal yang mendakwa suaminya, Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan Ira Kazar.

Menerusi entri itu, Puteri Sarah turut memberikan reaksi pada kiriman tersebut dimana dia meluahkan rasa syukur jika ianya benar.

“Sejujurnya, saya tak nak peningkan kepala dengan isu ini. Saya mahu menjalani kehidupan dengan tenang saja.

Fokus pada kerjaya dan anak-anak. Selebihnya saya serahkan pada ketentuan Allah SWT.

“Apa pun saya berterima kasih kepada orang ramai yang ambil berat terhadap diri saya dan anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan terbaru Syamsul dan anak pelakon Kazar itu sudah bertunang, Sarah berkata dia tidak tahu menahu.

“Saya tak tahu,” katanya.

Memetik mStar Online, bapa kepada pengarah itu iaitu Datuk Yusof Haslam mengakui terkejut dengan berita itu serta berharap ianya tidak menjadi kenyataan.

“Saya tidak tahu mengenai hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita. Jadi, saya malas hendak komen lanjut.

“Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi, saya harap ia tidak akan terjadi,” katanya.

Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.

Meskipun tidak menulis nama sesiapa, netizen mengesyaki gosip berkenaan adalah merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.

Laporan berdasarkan seorang sumber itu mendakwa pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa dengan bakal bapa mentuanya bagi membincangkan hasrat tersebut.

Sementara itu, Yusof turut kasihan dan bimbang kerana berita seperti itu bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya.

“Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga iaitu Ira Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar sejak tiga tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *