Semasa

Sangat Biadap! Lelaki yg Terajang Budak Buat Bising Dalam Masjid Akhirnya Terima Padah

RAKAMAN seorang lelaki menolak tiga kanak-kanak yang berada di saf belakang di sebuah masjid ketika jemaah lain sedang bersolat mengundang kemarahan sesiapa sahaja yang menontonnya.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Berdasarkan video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 27 saat itu, insiden tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan kanak-kanak berkenaan yang dilihat berlari dan bermain sesama mereka di saf paling belakang.

Perlakuan kasar dan agresif itu menyebabkan dua daripada tiga kanak-kanak itu jatuh ke lantai.

Berikutan video yang menjadi tular, rata-rata warga maya melahirkan rasa simpati dan kecewa dengan tindakan lelaki terbabit.

Semakan mStar mendapati netizen menyatakan rasa marah serta meluahkan pendapat masing-masing dengan lagak ‘samseng’ yang ditunjukkan lelaki ini.

“Dengan kelakuan macam ni tak terkejut pun kalau budak-budak ni tak nak datang surau atau masjid. Rasa nak menangis budak diperlakukan macam tu. Beruntunglah mana-mana tempat yang masih ada suara budak di dalam masjid atau surau.

“Aku tak setuju langsung pakcik tu buat teguran macam tu. Sangatlah tak sepatutnya. Parents pula sebaiknya kena selalu beritahu anak-anak dan didik mereka adab sepatutnya apabila berada dalam masjid.

“Sebab orang macam ni la anak aku merajuk tak nak pergi masjid. Umur dia lima tahun ikut suami pergi masjid. Nak solat sebelah ayah tapi kena paksa dengan orang masjid suruh solat dekat belakang sekali dengan budak lain.

“Akhirnya, suami solat tak tenang, anak pula merajuk tak nak solat,” komen netizen berikutan video yang tular.

Berdasarkan audio daripada rakaman berkenaan, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Indonesia.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *