SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Tegar Septian mendedahkan sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Sheilka.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Tidak mendedahkan sebab sebenar perceraiannya itu, Tegar, 22, bagaimanapun memberitahu terlalu banyak masalah dilaluinya dan sukar untuk dijelaskan satu persatu.
“Fakta bahawa saya sudah bercerai adalah benar, sekarang saya mahu teruskan soal kerjaya.
“Saya terlalu penat dan tidak mahu mengulanginya lagi. Saya bukan manusia sempurna, pening kepala dan stres fikirkan banyak perkara. Di Instagram memang romantik tetapi sebaliknya anda tidak tahu.
“Saya memilih untuk memulakan hidup baru, bermula dari kosong. Saya hanya duduk di rumah sahaja sehingga badan jadi kurus sebab terlalu banyak berfikir.
Di Instagram memang romantik tetapi sebaliknya anda tidak tahu – TEGAR SEPTIAN
“Wang juga susah nak cari, saya jadi tertekan,” katanya.
Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.
‘Sebab to bila nikah muda ni kena banyakkan bersabar…banyak cabaran dia…kalau tak berapa matang,,pikir nak enjoy je mmg mcm ni lah..
Nikah bukan sekadar nak menghalalkan benda yg haram…tp 1 tanggungjawab besar…ingat yer adik² yg pikir nak nikah muda to….banyak dugaan dia…kalau tak kuat mmg bercerai je la jawapan dia….” – Rohaida
“Sejujurnya zaman skrg kebanyakkan yg kahwin sbb syg,cinta semata2 tanpa memahami maksud dan tujuan perkahwinan.” – Mustajabah
“Sbgai suami haruslah bersiap sedia menggalas tanggungjawab sbgai seorang suami dan ayah untk mmberi nafkah kpda isteri dan anak²…
Jgn ingat nafsu saja tp blm sedia pikul tanggungjawab yg besar sbgai ketua keluarga…” – Lina
Tonton Video:
Sumber Mstar