Semasa

Ditanya Siapa Sebenarnya Ira Kazar, Jawapan Syamsul Yusof Sangat Mengejutkan

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi rumah pelakon dan pengarah Syamsul Yusof apabila didakwa berantakan kerana orang ketiga.

Baru-baru ini, Syamsul dijemput sebagai tetamu dalam program bual bicara Hard to Heart yang dihoskan oleh pengacara popular Datuk Aznil Nawawi atau Paknil.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen apabila Pak Nil bertanyakan siapa Ira Kazar kepada Syamsul, dia mengatakan tidak tahu dan hanya tersenyum pada awalnya.

“Nak Jadi Macam Syuk kot..”

“Geram je tgk..”

“Sbb dia kesian la tu..”

Ditanya Masih Sayang Tak Kat Sarah

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh netizen di TikTok, Pak Nil bertanyakan kepada pengarah itu adakah dia masih lagi menyayangi isterinya.

Tidak berlengah menjawab, Syamsul berkata dia masih lagi menyayangi isterinya, Puteri Sarah.

Tidak terhenti disitu, Pak Nil bertanyakan lagi siapa Ira Kazar buat pengarah itu, Syamsul diam seketika sebelum menunjukkan isyarat ‘mengunci mulut’ seolah enggan mengulas lanjut.

Diruangan komen, rata-rata netizen kecewa dan sedih dengan respon Syamsul yang memilih untuk berdiam diri sedangkan isterinya sedang berjuang mempertahankan rumah tangga.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa simpati dengan apa yang dilalui Puteri Sarah apatah lagi selama empat tahun berdiam diri.

Tonton Video KLIK DI SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *