Semasa

Gara² Gerai Durian Abg Sado Jadi Tumpuan, Sekali Ada Pelanggan Dtg Buat Perkara Mengejutkan

FOTO seorang lelaki sado yang sedang menjual durian di sebuah gerai di Kepong, Selangor mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Lelaki tidak berbaju dalam foto berkenaan merupakan Ashton Koh Jia You, 19, yang menjalankan perniagaan dengan rakan kongsinya Jake Ng.

Di gerai itu, mereka menawarkan durian Musang King dan D24 yang diperoleh dari Bentong, Pahang.

To help the durian sellers sustain their income whilst ensuring that Malaysians get continued supply of durians, Shopee will also be featuring durian and other fruit sellers in its 6.6 Super Sale happening from now to 6 June 2020.

Koh menjalankan perniagaan itu dengan rakan kongsinya. (Gambar Hiasan)

“Kami tidak menjangka posting kami mendapat perhatian ramai dalam tempoh masa yang singkat kerana kami tidak membuat sebarang iklan tajaan untuknya juga.

“Berikutan posting itu, kami juga menerima semakin banyak pertanyaan dan pesanan,” katanya.

Pelanggan Datang Semata-mata Nak Bergambar

Tambah Koh, ramai juga yang datang mengunjungi gerainya selepas melihat posting di media sosial yang memaparkan dia sedang bergambar dengan pelanggannya.

Koh berkata ibu bapanya menyokong idea untuk berniaga durian, malah saudara mara jejaka itu turut hadir untuk menunjukkan sokongan mereka.

“Semua ahli keluarga saya telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk inisiatif ini,” kata Koh, sambil menambah bahawa matlamat utamanya adalah untuk memperoleh pendapatan dan menimba pengalaman kerja.

Koh, yang akan memulakan kursus kejuruteraan perisian di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), mengakui bukan mudah untuk menyesuaikan antara pengajian dan perniagaan.

“Untuk itu, kami akan beroperasi hanya dari Jumaat hingga Ahad, supaya saya dapat beri tumpuan yang mencukupi terhadap pengajian dan perniagaan,” katanya. – The Star.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *