Semasa

Gara² Lakukan Pembedahan Buang HaIkum, Mengejutkan Ini Keadaan Terkini Lucinta Luna

TIDAK pernah merasakan diri cukup cantik, selebriti sensasi Lucinta Luna sekali lagi melakukan pembedahan supaya dirinya benar-benar kelihatan seperti seorang wanita.

Terbaharu Lucinta sekali lagi menjalani pembedahan dipercayai membuang halkum dan perkara tersebut dikongsi sendiri di laman sosial Instagram miliknya.

lucinta 2

Masih keluar makan bersama rakan-rakan walau muka berbalut

“Doakan saya agar cepat sembuh dan boleh segara pulang ke Indonesia,” jelasnya.

Lucinta Luna juga sanggup terbang jauh ke Korea Selatan bagi melakukan pembedahan plastik.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Lucinta di laman Instagram miliknya selepas selesai menjalani prosedur pembedahan pada 23 Mac lalu.

“Selamat tingga Lucinta Luna” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dia dikatakan mahu menukar wajahnya mirip seperti penyanyi Lisa dari kumpulan popular Blackpink.

Sebelum ini Lucinta pernah bertanyakan pendapat peminat tentang wajah selerbiti Korea Selatan yang sesuai dijadikan rujukan sebelum dia memuat naik gambar video Lisa dan kemudian menggelarkan dirinya Lucinta Blackpanther.

Dalam beberapa perkongsian lain di Instagram, Lucinta dilihat masih menjalani aktiviti harian seperti biasa dengan keadaan muka masih berbalut.

Dia yang kini menggelarkan dirinya sebagai Ratu Keabadian tidak sabar untuk menunjukkan wajah selepas pembedahan kepada peminat.

“Ratu Keabadian yang baru, bukan Lucinta Luna lagi kerana bahagian kepada sudah diganti.

“Sudah kelihatan seperti wajah siapa? Tidak sabar untuk tunjukkan wajah terbaharu saya,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *