Semasa

Suami Orang dan Wanita yg Masih Ada Suami ini Disimbah Dgn Air Longkang Kantoi KhaIwat

SATU pasangan yang dicekup berselingkuh dan berzina telah dihukum oleh penduduk tempatan mengikut hukum sosial dengan dimandikan dengan air limbah atau air longkang sebelum dihantar kepada polis.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Kampong Cot Masjid,  Kecamatan Luengbata, Banda Aceh pada Ahad.

Ketika diserbu penduduk, pasangan ini mengaku mengadakan hubungan sekz sebanyak dua kali sebelum subuh, sementara FSN mengatakan dirinya berpuasa hari itu.

HS mengaku pergi ke rumah sewa FSN pada jam 3 pagi Ahad dan sempat melakukan hubungan intim sebanyak 2 kali sebelum subuh.

Sesuai dengan hukuman sosial di daerah itu pasangan itu dihukum mengikut peraturan setempat iaitu dimandikan dengan air limbah (longkang).

Pasangan itu mencangkung dekat dengan longkang kecil dan dicurah dengan air limbah.

Hukuman sosial tersebut merupakan bentuk kekesalan penduduk, di mana pasangan selingkuh itu dianggap sudah mencemari kampung mereka. Tambahan pula perbuatan haram itu dilakukan dalam bulan Ramadan.

Selepas diberi hukuman sosial, barulah pasangan itu diserah kepada polis syariah Aceh untuk tindakan lanjut. – KitaReporters

Pasangan ini dibawa menaiki polis syariah. Kredit foto: Serambi Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *