Semasa

Diuji Dugaan Berat Dapat Suami Perangai ‘Teruk’, Akhirnya Ini Tindakan Drastik Datin Shahida

Terbaharu, isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida memaklumkan dia redha atas ujian yang menimpa terhadap keluargnya.

Ia susulan muzik video terbaharu suaminya, Baby Sayang yang mendapat pelbagai reaksi negatif daripada umum.

Menerusi sebuah komen yang diberikan oleh salah seorang pengikutnya di instagram, individu tersebut memberi kata-kata semangat buat Shahida untuk terus kekal kuat atas dugaan yang dialaminya pada ketika ini.

Susulan menerima pelbagai dugaan dapat suami seperti Alif, Datin Nur Shuhada ambil tindakan untuk redha, dan terima sahaja kehendak Ilahi.

Dalam masa yang sama, Datin Shuhada juga akan terus memberi dorongan dan nasihat supaya suaminya akan terus istiqamah untuk menjdai yang lebih baik.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila usahawan sensasi, dia tampil memohon maaf kepada umum.

Terutamanya ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya dalam mempromosikan lagu terbaharunya, Baby Sayang.

Malah, perkongsiannya itu turut mengundang pelbagai nasihat daripada netizen, ibunya sendiri mahupun para ilmuan untuk menghentikan hasratnya melancarkan lagu tersebut kepada umum.

Susulan itu, Aliff nekad membuat keputusan untuk berundur diri daripada media sosial dan hanya mendiamkan diri sehingga kini selepas kontroversi yang dicetusnya.

Sumber: Instagram @shahidadherbs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *