Semasa

Lama Ngidam Nak Kahwin, Lelaki Ini Iklan Cari Jodoh Tapi Taknak Janda, Akhirnya Ini yg Dia Dapat

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki di Indonesia yang sedang mencari calon isteri menjadi tular di media sosial dek kerana kriteria yang digariskannya menyatakan bahawa dia tidak suka kepada janda.

Menerusi satu ciapan pengguna di Twitter dikenali sebagai TXT Gajelas, seorang lelaki berbaju kuning memberitahu hasratnya bahawa dia ingin mencari calon isteri, namun meletakkan beberapa beberapa syarat utama.

Antara syarat-syarat tersebut adalah calon isterinya itu perlu berusia 20 hingga 25 tahun dan merupakan seorang gadis.

“Maaf saya tak menerima janda. Saya anti janda.”

Dalam pada itu, dia turut menyatakan calon isterinya perlu memiliki kewangan yang kukuh dan sekurang-kurangnya bekerja sebagai pegawai kerajaan.

“Supaya boleh beri saya wang kepada saya.”

Namun setelah sekian lama menanti, apa yang dia dapat hanyalah kecaman daripada netizen, dan persatuan janda-janda di sana.

“Salahkan saya memilih dan menetukan sendiri kebahagian untuk diri saya..”

Sumber : Berita Hits

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *