Semasa

“Jay Okay je Babak Cium tu, Lagipun Saya Belum Berkahwin” Elizabeth Kata Dia Boleh Buat Lebih Lagi

Pelakon Elizabeth Tan mengakui adegan bercium dengan aktor Jay Iswazir dalam filem Abang Long Fadil 3 (ALF3) adalah lakonan sendiri.

“Saya ada bercakap dengan pengarah, Syafiq Yusof untuk hasilkan filem Abang Long Fadil 4 selepas ini. Harap impian saya itu dimakbulkan.

Saya harap filem ini dapat beri saya lebih banyak peluang untuk melakonkan watak aksi. Mungkin sebelum ini ramai yang tidak tahu saya minat watak aksi pertarungan.”

Pelantun lagu Knock Knock ini juga tidak kisah dengan kesakitan yang dirasai demi menjayakan babak.

“Saya sedia memasuki latihan intensif kerana saya memang hendak belajar cara berlakon dalam filem aksi.

Walaupun saya lebam teruk sepanjang penggambaran filem ini, tetapi tidak pernah terdetik rasa putus asa.

Sebaliknya, saya sangat ‘enjoy’ dengan setiap aksi yang saya lakukan.”

Selain Lizzy dan Jay, ALF3 turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Shuib, Kazar, Datuk AC Mizal, Joey Daud, Khir Rahman, Daniella Sha dan Siraj.

Filem ALF3 bersedia menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei bermula 8 September 2022.

Filem terbitan Skop Productions Sdn Bhd dan Astro Shaw ini akan mengadakan siri jelajah dengan selama tiga hari mulai 9 September di zon Selatan Semenanjung Malaysia disusuli zon utara mulai 15 September.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *