Semasa

Baru Sahaja Diumum DJ Baru Suria FM, Sekali Tindakkan Shuib Dikecam Teruk Oleh Netizen

Pasti ramai tahu baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu diumum sebagai penyampai terbaru radio Suria FM bersama Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria.

“Kita juga berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Suria Pagi yang kini dikenali sebagai Morning Morning Suria,” katanya.

Pengumuman tersebut mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang gembira melihat kemunculan Shuib sebagai penyampai radio semula.

Dah Takde Orang Lain Ke

Bagaimanapun, ada netizen mula mengecam dan mendakwa segmen terbabit akan menjadi lebih ‘bingit’ selepas kemunculan Shuib.

Tidak kurang juga, ada netizen berpendapat pihak radio asyik mengambil orang yang sama tanpa memberi peluang kepada bakat baru untuk menjadi penyampai radio.

Terdahulu, Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin berkata pemilihan Shuib itu diharap dapat memberikan impak yang lebih kepada stesen tersebut serta menarik ramai pendengar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *