Semasa

Puteri Sarah Terkejut dan Sebak Bila Dapat Tahu Keluarga Mentua Keluarkan ‘Kenyataan’ Ini

Berdepan kemelut rumah tangga, namun pelakon Puteri Sarah terus bangkit mempertahankan maruahnya selepas bertahun berdiam diri.

Memetik BH Online, meskipun dikecam netizen berhubung isu rumah tangga, namun Puteri Sarah tersentuh apabila dia menjadi inspirasi buat wanita diluar sana yang senasib dengannya.

“Pada masa itu, saya tahu tidak keseorangan berdepan konflik rumah tangga. Bapa mentua banyak memberi dorongan dengan menyuruh saya kembali berlakon.

Apabila aktif semula, saya akui keyakinan semakin bertambah dan mengembalikan diri saya sebelum ini,” katanya.

Puteri Sarah dalam satu hantaran InstaStorynya memuat naik tangkap layar laporan berita mengenai kes yang difailkannya berkaitan gangguan yang diterimanya daripada seorang wanita dalam media sosial.

“Insya-Allah. Doakan saya menang kes.

“Mungkin saya boleh bertemu dengan Mas Ermieyati,” kata pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu.

Dalam pembentangan sama, Mas Ermieyati berkata, perbuatan menghendap secara maya tidak membabitkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan boleh menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan emosi.

Oleh itu, perkara tersebut dikategorikan sebagai satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap seorang wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.

Malah, pelakon itu juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga antara aktres itu dengan suaminya, pengarah Syamsul Yusof berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara gangguan orang ketiga.

Dia sebelum ini mendedahkan wanita terbabit berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi.

Pelakon berkenaan juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan-gangguan berkenaan dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu yang diciptanya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu sudah pun berkahwin lain, namun dinafikan Syamsul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *