Umum mengetahui mengenai hubungan cinta antara pempengaruh media sosial, Yazmin Aziz dengan pemain bola sepak Kelantan FC, Gulherme Brizolara yang sering menjadi buah mulut wargamaya.
Baru-baru ini, Yazmin memuat naik sebuah video di TikTok menjawab soalan wargamaya yang kerap bertanyakan mengenai agama kekasihnya itu.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya dilihat membetulkan fakta yang diujarkan oleh Yazmin mengenai agama teman lelakinya itu.
Menerusi video berdurasi lebih 20 saat itu, Yazmin memaklumkan bahawa kekasihnya itu beragama Katolik bukannya Kristian seperti yang disangka orang ramai.
“Okay bespren ramai yang tanya benda sama, jadi saya akan jawab pertanyaan tersebut. No, dia bukan Kristian. Tapi dia seorang Katolik,” jelasnya.
Walaubagaimanapun, Yazmin meluahkan bahawa dia tidak faham kenapa orang ramai mempersoalkan tentang perbezaan agama mereka.
“Yes dua-dua agama kami berbeza. But bespren, I don’t understand, kenapa ramai orang stress daripada kami tentang agama berbeza?” katanya dalam video.
Rakaman Video Boleh Ditotnton di Tiktok Yazmin Aziz