Semasa

Lepas Tersebar Video Tak Senonoh, Adam Mika Akhirnya DipukuI Bapanya “Dia bukan anak saya, bilik anak sy lain..”

BUKAN Adam Mika!

Itulah reaksi bapa kepada pelakon Nik Adam Mika iaitu Nik Mohd Adli apabila ditanya mengenai video tidak senonoh yang tersebar didakwa membabitkan anaknya itu.

Adam Mika tak tahu isu yang melanda.

“Mungkin muka lebih kurang sama, mungkin dia (individu dalam video) ini tak pakai cermin mata tapi dia pakai spek untuk menyerupai Adam, saya tak pasti,” ujarnya.

Ditanya mengenai emosi Adam Mika ketika ini, Nik Mohd Adli menyatakan bahawa anaknya itu tidak mengetahui kontroversi yang melanda sehingga diberitahu semalam.

“Dia tak tahu langsung pasal benda ni, segala-galanya melalui saya terlebih dahulu. Instagram, Twitter sebab saya yang pegang. Dia tak tahu menahu pun pasal ni.

“Semalam selepas mengetahui mengenai video itu, saya pukul dia… tapi dalam masa saya tanya tentang hal ini dan dia macam tak tahu apa-apa,” katanya lagi.

Sementara itu, Nik Mohd Adli memaklumkan dia sudah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan bagi membersihkan nama pelakon remaja itu dan keluarganya.

“Laporan polis telah dibuat bagi menjernihkan perkara ini. Saya tak kisah akan rezeki kerana datang dari Allah SWT dan bukannya peminat.

“Pada saya perkara ini telah menjatuhkan maruah saya dan juga keluarga saya,” ujarnya.

Kesal dan mengambil pengajaran atas apa yang berlaku, Nik Mohd Adli tidak menolak kemungkinan Adam bakal mengundurkan diri dalam bidang seni dan menceburi ke arah bidang lain.

Pada pagi Isnin, nama Adam Mika menjadi sebutan warganet di laman Twitter susulan tular akan sebuah video mirip wajah remaja berkenaan dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *