Semasa

Sah Bergelar Isteri, Rupa-rupanya Suami Sharifah Amani Bukan Calang² Orang “Dia mudah buat sy..”

PELAKON Sharifah Amani sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Ahmed Faris Amir, 38, yang merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pada pagi Sabtu.

amani 2

amani 3

Amani sebelum ini merahsiakan identiti Faris selepas mereka bertunang.

“Alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik Covid-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.

“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.

“Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami… Insya Allah,” katanya.

Detik pertemuan pasangan ini bermula tiga tahun lalu ketika Amani memikul tugas sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah sebuah organisasi diketuai Ahmed Faris.

Bermula sebagai kenalan secara profesional, bibit-bibit cinta mula timbul antara mereka dan Amani mudah menerima Faris sebagai pasangan kerana lelaki itu sering menghiburkan hatinya.

“Dipendekkan cerita, selepas Covid-19, masing-masing solo. Cinta bertandang tanpa diduga hingga akhirnya kami diizinkan bertemu jodoh.

“Suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang sempoi dan terbaik,” jelasnya.

Sementara itu, bercakap tentang perancangan berbulan madu, pasangan ini terlebih dahulu mahu memberi fokus untuk pindah bersama selepas mendirikan rumah tangga dan menunggu masa sesuai untuk bercuti.

“Kami hendak selesaikan proses berpindah rumah selepas berkahwin.

“Mungkin apabila selesai kerja dan suami dapat cuti, kami boleh fikir perancangan spontan menghabiskan masa berdua. Kalau okay pun, mungkin akhir tahun ini,” ujarnya.

Pada Jun lalu, Amani berkongsi berita gembira apabila dia mengikat tali pertunangan dengan Faris menerusi satu hantaran gambar cincin di jari yang dimuat naik di laman sosial miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *