Semasa

Pilih Tema ‘Beauty & The Beast’ Lebih RM500k, Sekali Adik DDNK Luah Sesuatu yg Mengejutkan

Sejak akhir-akhir ini, perkahwinan Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 47, menjadi bualan ramai apabila dia berkahwin dengan pelajarnya, Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25.

“Kos perbelanjaan murah je, tak sampai hingga 1 juta ringgit, lebih kurang RM500,000 sahaja dibelanjakan dan apa yang lebih menakjubkan plan wedding sebulan sahaja.

Walau bagaimanapun, beberapa kontroversi susulan muat naik daripada bekas isteri DDNK telah mendapat perhatian netizen sehingga pelbagai komen diterima.

Disebabkan itu, adik kepada pengurus kewangan bertauliah tersebut telah tampil mempertahankan abang sulungnya serta kakak ipar baru yang teruk dihentam netizen tanpa mengetahui hal sebenar dari pihak keluarga mereka.

Menurut Dr Nadirah Adam, dia berasa hairan apabila ramai yang ‘panas’ melihat perkahwinan abangnya sehingga ada yang sanggup melempar fitnah.

Dia juga merasakan komen-komen yang diterima di media sosial seolah-olah mereka tinggal serumah dengan mereka dan pelbagai cerita ditokok tambah.

Jadi, Dr Nadirah meminat mereka yang tidak tahu hal sebenar mendengarnya dari kedua-dua belah pihak kerana bimbang terjadinya fitnah.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen satu hantaran yang baru sahaja dikongsikan oleh Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, Dr Nadirah sempat memberikan kata-kata semangat kepada iparnya.

Ini dengan meminta wanita itu terus bersabar dan yang paling utama keluarga mereka bersatu serta berharap dia dapat menjaga suami dengan sebaik-baiknya.

Sumber: Instagram drnadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *